info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Sos masam lemak berkrim, aroma harum... Cecah 'Vietnamese roll' terasa kesegarannya

Lead Image

KALAU anda mencari menu sihat, segar dan tidak terlalu berat, 'Vietnamese fresh roll' adalah salah satu pilihan terbaik.

Lebih sedap jika dipadankan dengan sos bawang putih berkrim bersama limau nipis dan daun ketumbar. 

Gabungan ini bukan sahaja menyegarkan malah menghasilkan keseimbangan rasa antara lemak berkrim, masam segar dan aroma herba ringan.

Keistimewaan sos ini terletak pada haruman daun ketumbar, bawang putih serta perahan jus limau nipis membantu mengimbangi rasa lemak daripada mayonis dan yogurt.

Sos ini sememangnya ringan, tidak muak dan sesuai dimakan berulang kali dengan Vietnamese fresh roll.

Jom Kuali tunjukkan caranya:

Vietnamese fresh roll memang antara pilihan terbaik untuk jika mahukan makanan sihat.

Bahan-bahan:

Bahan sos

  • 1 cawan daun ketumbar segar
  • ½ cawan mayonis
  • ¼ cawan yogurt Greek atau 'sour cream'
  • 2 ulas bawang putih
  • Jus 1 biji limau nipis (lebih kurang 2 sudu besar)
  • ½ sudu kecil garam (mengikut cita rasa)

Bahan Vietnamese roll

  • Kulit popia Vietnam
  • Udang rebus atau ayam 
  • Bihun beras (rice vermicelli)
  • Daun salad 
  • Timun hiris panjang
  • Lobak merah hiris halus
  • Daun pudina atau daun ketumbar segar

MENARIK DIBACA: Satu suapan dah terpukau! Ini cara mudah buat 'burnt cheesecake' rasa premium, guna bahan ringkas je

MENARIK DIBACA: Kafe Jepun jual latte pada suhu paling ekstrem di dunia, kena habiskan dalam masa 40 saat sebelum beku

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan sos (daun ketumbar, mayonis, yogurt, bawang putih, limau nipis dan garam) ke dalam mesin pengsiar. 
  2. Kisar hingga halus, licin dan berkrim. Ketepikan dan simpan dalam peti ais supaya lebih segar.
  3. Kemudian rendam kulit popia Vietnam dalam air suam hingga lembut. 
  4. Sediakan semua inti seperti udang, ayam, bihun, timun, lobak merah, daun salad dan herba segar.
  5. Letakkan kulit popia di permukaan rata, susun sedikit bihun, sayur dan protein di tengah. Lipat kiri dan kanan, kemudian gulung kemas seperti popia.
  6. Ulang proses sehingga semua bahan habis. Siap dan hiding bersama sos berkrim bawang putih limau dan daun ketumbar sebagai pencecah utama.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Timun sumbat isi ayam... Sup sedap pikat selera anak, menu diet orang dewasa

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Satu suapan dah terpukau! Ini cara mudah buat 'burnt cheesecake' rasa premium, guna bahan ringkas je

Terhangat