info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Betul ke sumsum tulang antara ‘first food’ bayi? Ibu kongsi cara buat guna 'air fryer'

Lead Image

MAKANAN kaya dengan zat besi, lemak sihat dan vitamin membantu menyokong perkembangan otak serta sistem imunisasi bayi.

Seorang ibu dikenali sebagai Ameera Ayyuni Azman berkongsi cara menyediakan makanan bayi menggunakan sumsum tulang atau bone marrow sehingga meraih perhatian ramai.

"Ada ke lagi mommies yang tak tahu tulang sumsum atau bone marrow ni antara first food boleh bagi dekat baby?" kongsinya di Threads.

Menurut wanita itu, resipi tersebut cukup mudah kerana hanya menggunakan sumsum tulang tanpa tambahan minyak, garam atau perasa lain.

Resipi sumsum tulang ini cuma perlukan beberapa langkah mudah sebelum disuap kepada bayi.

Bahan-bahan

  • Tulang secukupnya

MENARIK DIBACA: Makanan dalam peti sejuk asyik lesap bagai jadi 'adat' di rumah sewa, ramai beri idea ajar pelaku!

MENARIK DIBACA: Ibu risau berat bayi tak naik-naik masa umur 9 bulan! Syukur keju jadi penyelamat

Cara penyediaan 

  1. Susunkan sumsum tulang ke dalam penggoreng udara (air fryer) tanpa meletakkan minyak atau garam tambahan.
  2. Biarkan ia dimasak selama kira-kira 30 minit sehingga lemak pada tulang mula keluar.
  3. Keluarkan sumsum dari tulang dan masukkan ke dalam mesin pengisar. Minyak yang terhasil ketika proses memasak juga perlu dituangkan sekali ke dalam mesin pengisar.
  4. Seterusnya, simpan bahan tersebut di dalam peti sejuk selama 15 minit sebelum dikisar sehingga teksturnya menjadi lebih pekat dan lembut.
  5. Akhir sekali, asingkan ke dalam bekas kecil sebelum disuapkan kepada si kecil.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Rangup, sedap lain macam! Terung 'salted egg' makan satu tak cukup, nak buat pun mudah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Timun sumbat isi ayam... Sup sedap pikat selera anak, menu diet orang dewasa

Terhangat