Dah ada gerai jual snek viral ala Chikuro, teringin nak makan tak perlu lagi 'terbang' ke Indonesia
SEBELUM ini menu Chikuro pernah mencetuskan fenomena di negara jiran, Indonesia apabila ramai sanggup beratur panjang semata-mata mahu merasai keenakan daging ayamnya yang rangup dengan inti sos melimpah.
Kini trend makan snek berbentuk sosej ini sudah sampai ke Malaysia dan mula menjadi kegilaan ramai, terutama dalam kalangan pencinta makanan viral yang gemar mencuba menu unik.
Jenama Chikuro mula mendapat perhatian di Indonesia apabila mengetengahkan snek berasaskan daging ayam inspirasi dari Jepun dengan lebih 80 outlet dibuka di negara itu dalam masa singkat.
Di Malaysia, gerai Treatsout yang terletak di Bazaria Wangsa Maju, Kuala Lumpur, tampil mengetengahkan snek ala Chikuro yang ditawarkan dengan pelbagai pilihan sos seperti creamcheese garlic, cheese, spicy mayo dan mentai menjadikan setiap gigitan cukup memuaskan.
Bukan itu sahaja, bahagian luarnya pula mempunyai coating rangup bersama pilihan rempah seperti keju, hot and spicy dan tomyam yang menambahkan lagi tarikan pada menu ini.
Gabungan rasa kulit luaran rangup, daging juicy dan sos yang melimpah inilah yang membuatkan snek ini menjadi pilihan, malah ramai menganggap ia antara sajian paling ‘rare’ di situ.
Lokasi: Lot kedai 39 dan 40, Bazaria, Wangsa Maju, KL
Waktu operasi: 7 malam - 3 pagi (buka setiap hari kecuali Isnin)