info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Warung

Pinggan besar, tukang masak tak kedekut bahan! Berbaloi makan pasta premium di Rotbar Kitchen

PENCINTA hidangan 'fusion' (gabungan budaya) jangan lepaskan peluang singgah ke Rotbar Kitchen yang semakin menjadi sebutan ramai kerana menawarkan menu premium pada harga berpatutan.

Walaupun beroperasi di kawasan medan selera, Rotbar Kitchen menawarkan menu yang sering dijual di kafe-kafe moden dengan pelbagai pilihan pasta dan aneka hidangan 'fusion' yang menggamit selera.

Antara menu paling mendapat sambutan adalah Gochujang Pastachop yang menggabungkan pasta (barat) dengan menu 'chop' atau 'grill' unik dengan pes Gochujang (Korea) yang kuahnya berkrim pekat dan pedas.

Setiap hidangan pasta disajikan menjanjikan keistimewaan rasa mampu membuka selera.

Hidangan pasta itu juga bertambah enak apabila 'chicken chop' disalut dengan tepung rangup namun isi tetap lembut dan berjus memberi rasa mewah pada setiap suapan.

Untuk sepinggan hidangan besar pasta itu harga cuma RM21.90, sangat 'mesra poket'.

MENARIK DIBACA: Dahsyat! Cuma satu perkataan, peniaga makanan untung besar bila TokTi 'bersuara' di media sosial

MENARIK DIBACA: 5 bahan asas masakan di dapur anda mungkin tiruan, ini cara mudah uji keasliannya

Tidak kurang menarik, Tomyum Pastachop (Chicken Grill) menggunakan spageti 'black ink' dihidangkan dengan udang galah bersaiz gergasi segar yang turut dilengkapi ayam panggang sebesar tapak tangan.

Menu fusion dihidangkan di Rotbar Kitchen didatangkan dalam saiz hidangan besar.

Apa lebih mengejutkan, hidangan bersaiz besar seperti itu hanya berharga RM24.90 dan pastinya berbaloi untuk dicuba.

Pilihan pastachop, Creamy Pesto Lamb Grilled antara menu terbaharu ditawarkan pada RM26.90.

Pelanggan juga boleh mencuba keunikan paduan rasa Creamy Pesto Lamb Grilled menggabungkan kesederhanaan rasa pesto sesuai dengan padanan kambing panggang membuka selera hanya pada harga RM26.90.

Rotbar Kitchen menitikberatkan kepuasan pelanggan dalam mencari kelainan di medan selera.

Bagi penggemar hidangan berat, kambing dan ayam dipanggang turut dipadankan dengan sos istimewa buatan sendiri.

Menariknya, setiap sajian di Rotbar Kitchen yang terletak di di Medan Selera Desa Pandan, Kuala Lumpur ini bukan sahaja menitikberatkan soal rasa, malah persembahan makanan juga cukup menarik.

Bagi mereka yang mencari lokasi santai untuk menikmati pasta dan hidangan barat tanpa perlu berbelanja besar, Rotbar Kitchen sememangnya destinasi singgah makan wajib dimasukkan dalam senarai.

Nama Kedai: Rotbar Kitchen

Lokasi: Medan Selera MPAJ, Jln Pandan Indah 6/12, Pandan Indah, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 5 petang hingga 9.30 malam (dibuka setiap hari kecuali Ahad)

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
play
KUALI | Warung

Viral sebab tubuh sado, rupanya buah RM2 sebiji tarikan utama Durian Papa Muda

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Warung

Dah ada gerai jual snek viral ala Chikuro, teringin nak makan tak perlu lagi 'terbang' ke Indonesia

play

Terhangat