Viral sebab tubuh sado, rupanya buah RM2 sebiji tarikan utama Durian Papa Muda
TULAR aksi memunggah durian sambil mempamerkan tubuh kekar dan berotot menjadikan Durian Papa Muda meniti di bibir masyarakat, dengan ramai yang mengecam.
Bagaimanapun, pemilikna, Muhamad Hairul Hafiz menafikan aksi tersebut sebagai salah satu bentuk publisiti untuk melariskan jualannya.
Menurut Hairul, aksi tidak berbaju itu bukanlah perkara yang disengajakan untuk menarik perhatian ramai.
Sebaliknya, keistimewaan yang ada di gerai Durian Papa Muda adalah terletak pada promosi durian serendah RM2 dengan kualiti terbaik yang ada di gerai miliknya.
Dalam temu bual bersama Kuali, Hairul turut berkongsi cerita di sebalik nama gerainya, Durian Papa Muda yang tidak diketahui ramai.
TONTON VIDEO PENUH