info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Warung

Warung kecil, rasa luar biasa! Awas, makan Laksa Telur Sarang Labu mungkin tak cukup semangkuk

BAGI penggemar laksa, anda wajib singgah ke warung Laksa Telur Sarang Labu yang terletak di Kampung Pasir, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Di sini, pelanggan ditawarkan dengan tujuh pilihan laksa dengan menu paling istimewa tentulah Laksa Telur Sarang.

Gerai ini sering diserbu pelanggan kerana menggabungkan laksa tradisional dengan telur yang digoreng rangup membentuk sarang, bukan sahaja menampilkan semangkuk laksa yang menarik tetapi juga pengalaman makan yang berbeza.

Dari jauh lagi, hidung sudah terhidu aroma kuah laksa yang wangi sekali gus membangkitkan selera.

Di Kuala Lumpur atau sekitar Lembah Klang, memang agak sukar untuk menemui laksa sarang yang popular di Perak dan negeri-negeri utara semenanjung Malaysia.

Jadi, bagi mereka yang ingin mencuba sesuatu yang berbeza daripada laksa biasa, Laksa Telur Sarang Labu wajar dimasukkan dalam senarai destinasi makan.

Walaupun sekadar sebuah warung kecil, Laksa Telur Sarang Labu yang diusahakan oleh adik-beradik ini berjaya memikat selera bukan sahaja oleh pelanggan tempatan, malah dari luar negara.

Lokasi: 96, Jalan Kampung Pasir, Kampung Pasir, Pantai Dalam, Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (kecuali Isnin),  11 pagi hingga 5 petang

Telefon: 012-384 6111

TONTON VIDEO PENUH 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
play
KUALI | Warung

Azmi Goreng Pisang memang 'legend'! Rasa sama, rangup macam 30 tahun dulu

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Warung

Viral sebab tubuh sado, rupanya buah RM2 sebiji tarikan utama Durian Papa Muda

play

Terhangat