KUALI | Viral

Dahsyat! Cuma satu perkataan, peniaga makanan untung besar bila TokTi 'bersuara' di media sosial

Lead Image

SEBAGAI peniaga, satu tuah besar apabila makanan yang dijual mendapat perhatian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Tempahan atau pesanan diterima bukan biasa-biasa, sebaliknya jualan melonjak gara-gara ‘promosi’ spontan daripada penyanyi nombor satu negara itu, walaupun hanya dengan satu patah perkataan.

Seperti situasi sejak kebelakangan ini, Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa TokTi dilihat aktif membalas komen peniaga makanan di platform Threads.

Siti dilihat akltif meninggalkan komen di akaun social media peniaga makanan.

Gelagatnya yang bersahaja dan spontan membuat pesanan di ruangan komen akaun media sosial beberapa peniaga dalam talian cukup mencuit hati netizen.

Malah, ada netizen yang berseloroh melihat keterujaan TokTi untuk mencuba pelbagai makanan yang diiklankan.

“Siti Nurhaliza kalau beliau tak menyanyi, beliau buat apa? Dia 'order' makanan orang,” seloroh seorang pengguna.

Situasi itu sekali gus mengundang ramai peniaga dalam talian mengambil peluang untuk membuat pautan (tag) TokTi dalam hantaran mereka, juga dengan harapan untuk mendapat perhatian.

MENARIK DIBACA: Jofliam sibuk urus bisnes, tempahan piza selalu sold out... Tunjuk teknik betul ‘stretch’ doh!

MENARIK DIBACA: Tak cukup order satu, rasa manis dan gebu taiyaki boleh buat ketagih

Ternyata impaknya luar biasa apabila seorang peniaga kuih koci berkongsi video memaparkan pesanan mesej (DM) yang masuk bertalu-talu selepas TokTi meninggalkan komen pada hantarannya.

“Dahsyat penangan, dengan hanya 'reply' Threads sahaja, bertalu-talu WhatsApp masuk. TQ TokTi,” kongsinya.

Fenomena ini jelas menunjukkan betapa besar pengaruh figura terkenal dalam membantu melonjakkan perniagaan kecil.

Layanan yang diberikan oleh peniaga juga cukup istimewa.

Bukan itu sahaja, ada juga peniaga yang sanggup menghantar sendiri produk mereka terus ke hadapan rumah penyanyi itu, berbeza dengan layanan diberikan kepada pelanggan lain yang hanya menggunakan perkhidmatan e-hailing atau ambil sendiri.

“Kalau TokTi order, masing-masing kata nak hantarkan sampai depan pintu.

“Bukan main tak nak guna Lalamove dengan Grab, cuba kalau kita yang order kuih dia tu, asyiklah suruh 'pick up' sendiri,” ujar seorang netizen lagi.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Musim durian diramal lebih lama tahun ini! Isi 'power', berlemak disebabkan cuaca

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Momen

Rumah Terbuka ‘Next Level’ SMG satukan mStar, Suria dan Kuali meriah dihadiri selebriti, pemain industri

Terhangat