KUALI | Tip & Trik

5 bahan asas masakan di dapur anda mungkin tiruan, ini cara mudah uji keasliannya

Lead Image

PERNAH tak terfikir sama ada bahan dapur yang kita guna setiap hari benar-benar asli atau sebaliknya? 

Tanpa kita sedar, ada produk di pasaran yang telah dicampur atau ditiru demi keuntungan. 

Lebih membimbangkan, ia bukan saja menjejaskan rasa masakan, malah boleh memberi kesan kepada kesihatan. 

Jadi, penting untuk kita tahu cara mudah membezakan bahan asli dan tiruan hanya dengan ujian ringkas di rumah.

Jom Kuali kongsikan cara untuk anda kenali lima bahan dapur ini sama ada asli atau tiruan.

Serbuk kunyit boleh dikenalpasti melalui warna.

1. Serbuk kunyit

Masukkan serbuk kunyit dalam segelas air.

Jika warna bertukar menjadi kuning terang, ini bermakna serbuk kunyit tersebut mengandungi bahan pewarna.

Serbuk kunyit asli akan perlahan-lahan tenggelam ke dasar gelas.

Ketahui keaslian minyak sapi melalui teksturnya.

2. Minyak sapi

Letak satu sudu minyak sapi di tapak tangan.

Jika minyak tersebut meleleh dalam masa tiga saat, itu bermakna minyak sapi tersebut adalah asli.

Jika tetap padat, minyak sapi itu merupakan produk murah dan tiruan.

MENARIK DIBACA: 5 cara rendahkan kandungan gula dalam nasi putih... Boleh makan tanpa risau

MENARIK DIBACA: Chacha Maembong cuma tahu masak kurma, ada alasan tak makan belacan

Madu asli tidak akan meresap selepas dititiskan di atas tisu.

3. Madu

Titiskan madu di atas kertas minyak atau tisu dapur.

Jika madu tersebut meresap dan menyebar di atas tisu, ini bermakna madu itu telah dicampur dengan air.

Madu asli akan tetap berbentuk titisan bulat dan tidak meresap.

Susu asli segar akan berketul dan bergumpal selepas diperah dengan lemon.

4. Susu

Tuangkan susu ke dalam cawan, lalu perahkan sedikit jus lemon.

Jika susu bergumpal atau berketul-ketul, ini bermakna susu tersebut adalah susu asli segar.

Jika susu masih lagi dalam keadaan cecair, ini bermaksud susu tersebut merupakan susu tiruan dan berbahaya untuk kesihatan buah pinggang.

Minyak zaitun bermutu tinggi akan bertukar warna dan membeku selepas dimasukkan ke dalam peti sejuk.

5. Minyak zaitun

Simpan minyak zaitun dalam peti sejuk selama satu jam.

Jika minyak zaitun menbeku dan bertukar kepada warna keruh, ini bermakna minyak zaitun itu asli.

Jika tetap cair, ini bermakna minyak zaitun itu telah dicampur dengan minyak murah.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

6 'helah' pasar raya buat kita leka berbelanja lebih, niat nak beli sikit balik rumah penuh troli

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Tip mudah cuci kerak nasi melekat di periuk, tak payah gigih sental

Terhangat