KUALI | Tip & Trik

6 'helah' pasar raya buat kita leka berbelanja lebih, niat nak beli sikit balik rumah penuh troli

Lead Image

PERNAH tak berdepan situasi masuk pasar raya nak beli dua atau tiga benda saja, tapi tiba di kaunter barang penuh troli.

Situasi ini berpunca bukan semata-mata kerana 'nafsu membeli' sahaja, tetapi juga disebabkan trik psikologi yang digunakan syarikat pasar raya untuk membuatkan kita berbelanja lebih tanpa sedar.

Jubin kecil menghasilkan bunyi roda lebih kecil.

1. Jubin lantai kecil

Di kawasan barang mahal, jubin lantai biasanya lebih kecil. Bila roda troli berbunyi lebih laju, otak kita rasa macam tergesa-gesa.

Secara tak sedar, kita akan memperlahankan troli dan mula membelek-belek barang berdekatan dan dari situ, mulalah beli barang yang tak dirancang.

Apabila nampak troli kosong, otak beri isyarat untuk isi sampai penuh.

2. Saiz troli besar

Troli pada zaman sekarang hampir tiga kali ganda lebih besar berbanding tahun 70-an.

Masalahnya, otak manusia tak suka ruang kosong, jadi apabila nampak troli kosong, kita akan rasa macam perlu isi sampai penuh.

Pasar raya elak letak jam untuk buatkan kita cenderung duduk lebih lama.

3.Tiada jam dan tingkap

Pernah perasan kenapa dalam pasar raya jarang ada jam atau tingkap?

MENARIK DIBACA: Pasar raya Portugal kreatif susun produk, perkakas dapur diletak dekat bahan mentah

MENARIK DIBACA: Ketahui sebab Jepun tunjuk gambar petani pada sayur, buah-buahan ditanam dan dijual di pasar

Ini dipanggil 'Gruen Effect' iaitu strategi untuk buat kita hilang jejak masa dan cenderung duduk lebih lama dalam kedai

Bila kita rasa tenang, kita kurang berhati-hati dengan harga barang.

4. Muzik perlahan buat otak lebih tenang

Pasar raya biasanya pasang muzik perlahan dan santai bukan untuk tujuan hiburan tetapi turunkan kadar degupan jantung kita. 

Bila kita rasa tenang, kita kurang berhati-hati dengan harga dan lebih mudah buat pembelian impulsif.

Bahagian sayuran diletakkan di pintu masuk untuk cipta ilusi pada minda.

5. Bahagian sayur dekat pintu masuk

Bahagian sayur-sayuran diletakkan di hadapan pintu masuk bagi mencipta ilusi dalam minda manusia

Ia membuatkan otak berfikir yang kita sudah memulakan perbelajaan dengan pilihan sihat kemudian barulah boleh membeli snek dan jajan.

Kawasan kaunter selalu penuh dengan coklat, gula-gula dan barang kecil lain yang mudah dicapai dengan tangan.

6. Kaunter bayaran adalah zon bahaya

Sampai sahaja di kaunter, otak kita pun dah penat selepas buat banyak keputusan dari memilih barang sampailah membandingkan harga.

Sebab itulah kawasan kaunter selalu penuh dengan coklat, gula-gula dan barang kecil lain yang mudah dicapai.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Daun bawang, serai ditanam di rumah sangat mudah nak hidup! Ketahui punca ramai gagal

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

5 bahan asas masakan di dapur anda mungkin tiruan, ini cara mudah uji keasliannya

Terhangat