KUALI | Dunia

Pasar raya Portugal kreatif susun produk, perkakas dapur diletak dekat bahan mentah

Lead Image

PERKEMBANGAN teknologi serta peralatan dapur moden seperti pengupas, pemotong dan pelbagai alat bantuan memasak banyak membantu memudahkan urusan di dapur, lebih-lebih lagi dalam kalangan individu sibuk serta berkerjaya.

Di beberapa pasar raya di Portugal, dunia peruncitan makanan mula menarik perhatian pengguna apabila konsep 'specialized produce displays' atau paparan khas bahan mentah direka khusus bagi memudahkan pengguna menyediakan hidangan di rumah.

Inisiatif itu bukan sekadar menyusun sayur dan buah secara biasa di rak, tetapi menggabungkan bahan atau peralatan sesuai untuk sesuatu menu dalam satu ruang sama. 

Inisiatif susun atur alat bantuan memasak seperti penekan kentang bagi memudahkan proses penyediaan makanan mencuri perhatian pengguna. Gambar AI

Menariknya, ada juga paparan dilengkapi dengan alat bantuan memasak seperti penekan kentang atau penerangan ringkas cara penggunaannya menjadikan pengalaman membeli-belah lebih mudah, terutama bagi mereka yang sibuk atau baru berjinak-jinak di dapur.

MENARIK DIBACA: Mahu hidangan ayam masak merah lebih aroma, rahsianya tambah daun pandan

MENARIK DIBACA: Kuah pekat, aroma rempah bikin perut berbunyi! Berbaloi masak sendiri gulai ayam Kelantan

Menurut pemerhati laporan industri runcit antarabangsa, FoodNavigator, konsep itu membantu meningkatkan pengalaman pelanggan kerana ia bukan sahaja melibatkan penjualan bahan mentah, tetapi turut menjual idea pembelian barang dapur lebih menyeronokkan dan tidak membebankan.

Susun atur stratergik memberikan pengalaman membeli-belah lebih mudah dan praktikal.

Pada masa sama, inisiatif itu juga dilihat membantu menggalakkan penggunaan bahan tempatan dan segar apabila pasar raya lebih menonjolkan hasil pertanian tertentu dalam satu set paparan lebih terancang. 

Bagi pihak peruncit, strategi itu juga menjadi pendekatan pemasaran moden memberi nilai tambah kepada pelanggan.

Dengan menyediakan 'meal inspiration display', mampu meningkatkan jualan kerana pengguna cenderung membeli lebih banyak bahan apabila sudah mendapat idea hidangan lengkap.

Kesimpulannya, konsep paparan bahan mentah berinspirasi hidangan itu menunjukkan kaedah industri runcit semakin kreatif dalam memenuhi keperluan pengguna moden. 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Gulai ikan Kedah dipuji sedap, tak sama negeri lain... Orang utara dedah rempah rahsia, cara masak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Setengah orang anggap durian busuk, ada individu kata harum... Ini penjelasan saintifik

Terhangat