KUALI | Tradisi

Mahu hidangan ayam masak merah lebih aroma, rahsianya tambah daun pandan

Lead Image

AYAM masak merah memang sinonim dengan lauk raya. 

Aroma yang harum, warna merah menyala, dan rasa manis-pedas yang seimbang membuatkan ramai yang tidak mampu menolak untuk menikmati hidangan ini.

Perkongsian resipi daripada @alidgaf di laman Threads menekankan rahsia kesedapan ayam masak merah dengan menggabungkan serai dan daun pandan.

Menariknya lauk ini lebih enak jika dinikmati sekali bersama nasi impit dan rendang.

Jom Kuali kongsi resipinya:-

Resipi perkongsian Alia mencuri perhatian ramai.

Bahan-bahan

Bahan utama

  • 1 ekor ayam, potong ikut saiz sederhana

Bahan kisar A

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Halia seulas

Bahan kisar B

  • 10-12 biji cili kering Yidu (direbus lama)

Bahan tambahan

  • 3 batang serai (dititik)
  • 2-3 helai daun pandan
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Gula Melaka secukupnya
  • 1 biji bawang besar, hiris bulat
  • Daun ketumbar untuk hiasan
  • Garam dan serbuk perasa

MENARIK DIBACA: Sarapan cepat tapi berkhasiat, cuba salad ayam teriyaki ringkas ini

MENARIK DIBACA: Aroma ayam tumis bunga kantan bangkit selera, perut kenyang boleh berkeroncong

Cara penyediaan

  1. Goreng ayam hingga separuh masak dan ketepikan.
  2. Tumis serai dan daun pandan sekejap hingga wangi. Masukkan bahan kisar A dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan 4–5 sudu pes cili kisar dan tumis perlahan hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos tomato, sos cili, gula melaka, garam, dan serbuk perasa. Masak sehingga pecah minyak dan warna menjadi merah gelap.
  5. Masukkan ayam goreng dan bawang hiris. Masak hingga bawang separuh layu dan ayam betul-betul sebati dengan kuah.
  6. Tutup api dan tabur daun ketumbar sebelum dihidang.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

3 menu raya ini lebih mudah masak guna 'rice cooker'! Jimat masa, tak jejas rasa asli

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Bosan berbuka menu sama, sesekali teringin hidangan berkuah... Ini resipi mi hailam sedap dan mudah

Terhangat