Sarapan cepat tapi berkhasiat, cuba salad ayam teriyaki ringkas ini
DALAM rutin hidup serba pantas, sarapan cepat tapi berkhasiat sangat penting untuk membantu badan dan minda kekal bertenaga.
Salad Ayam Teriyaki, antara cadangan pilihan terbaik untuk sarapan ringkas tapi kaya protein, serat dan vitamin selain menggunakan bahan segar mudah disediakan.
Gabungan sayuran rangup dengan ayam teriyaki manis masin menjadikan salad ini bertambah enak sesuai buat individu menjaga pemakanan.
Resipi inspirasi daripada Ummi Syahirah di TikTok antara idea salad mudah dan mesra bajet sesuai untuk ibu bekerja mahupun pelajar mementingkan sarapan berkualiti.
Jom cuba buat sendiri menu sarapan ringkas padat dengan nutrisi.

Bahan-bahan
Perapan ayam
- Dada ayam
- Dua ulas bawang putih
- Sos Hot Teriyaki
- Lada sulah
- Serbuk paprika
- Rosemary
- Sedikit garam
MENARIK DIBACA: Masak bebola kentang udang berkeju bersama anak, idea aktiviti cuti sekolah
MENARIK DIBACA: Resipi coleslaw salad paling ringkas, enak dimakan bersama ayam panggang
Salad
- Daun salad (hiris)
- Lobak merah (hiris)
- Timun (potong dadu)
- Tomato (potong dadu)
- Sos Sesame
Cara penyediaan
- Dalam satu mangkuk, perap bahagian dada ayam menggunakan bahan perapan dan gaul sebati.
- Panaskan kuali, letak sedikit mentega untuk tambah aroma dan panggang dada ayam sudah diperap tadi.
- Panggang sehingga keemasan, lalu angkat dan potong dada ayam.
- Kemudian dalam mangkuk berasingan, campurkan semua bahan-bahan salad dan akhir sekali curah sos sesame sebagai pembangkit rasa.
- Susun dada ayam panggang tadi dan boleh mula makan.