Mudah rupanya! Chef ajar cara hasilkan New York Cheesecake lembut berkrim
ANTARA hidangan ikonik yang menjadi buruan pelancong apabila berkunjung ke Amerika Syarikat sudah pastinya New York Cheesecake.
Rasanya yang lemak berkrim serta seimbang dengan sedikit masam lemon menjadikan pencuci mulut klasik ini begitu istimewa dan digemari ramai.
Cara penyediaannya mungkin kedengaran sukar, terutamanya jika ingin mendapatkan tekstur padat tetapi lembut dengan kosistensi sempurna.
Namun jangan risau! Cef Jenn Segal berkongsi resipi menghasilkan New York Cheesecake enak tanpa memerlukan teknik rumit.
Bagi yang masih baru dalam dunia baking, anda juga boleh menghasilkannya sendiri dirumah. Berikut resipinya:-

Bahan-bahan
Unuk lapisan bawah (crust)
- Cracker crumbs / biskut hancur
- Mentega cair
- Gula
- Garam
Untuk bater cheesecake
- Cream cheese
- Gula
- Tepung serbaguna
- Ekstrak vanila
- Jus lemon
- Telur
- Sour cream
MENARIK DIBACA: Hanya guna roti canai segera, ini cara mudah buat Nutella Twist di rumah
MENARIK DIBACA: Resipi apam nasi memang mudah, tersalah 'step' memang keras jadinya
Cara penyediaan
- Balut loyang springform dengan aluminium foil, sembur non-stick dan panaskan ketuhar pada suhu 190°C.
- Gaul sebati biskut hancur, mentega cair, gula dan garam.
- Tekan campuran biskut ke dasar loyang hingga rata dan bakar 10 minit. Ketepikan.
- Dalam mangkuk mixer, pukul cream cheese, gula dan tepung sehingga sebati. Masukkan vanila, parutan kulit lemon dan sedikit jusnya serta garam.
- Dengan kelajuan rendah, masukkan telur satu per satu. Masukkan sour cream dan pukul sehingga adunan licin.
- Tuang adunan ke atas crust yang sudah dibakar.
- Menggunakan teknik bain marie, letak loyang dalam roasting pan berisi air panas.
- Bakar pada suhu 160°C hingga adunan set tetapi masih sedikit bergoyang pada bahagian tengah
- Keluarkan dari ketuhar, biarkan sejuk 45 minit, kemudian sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 8 jam sebelum dihidang.