info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Restoran

[V] Mantap mi kicap 'ori' Ipoh makan dengan ayam gepuk 'crispy', inspirasi mie gacoan dari Indonesia

RASANYA macam mi goreng tapi lebih basah, nak kata wantan mi pula bukan sebab salutan kicapnya lebih pekat dan berempah.

Itulah keistimewaan Mi Kicap Ipoh yang cukup terkenal dalam kalangan penggemar sajian berasaskan mi.

Setiap kali singgah ke Ipoh, hidangan ini antara menu wajib buruan ramai kerana keunikan rasanya yang kaya berkicap ditambah aroma rempah serta tekstur mi kenyal.

Menariknya, di Cheras, Kuala Lumpur pun anda boleh menikmati rasa autentik itu tetapi dengan sedikit kelainan apabila hidangan ini dipadankan bersama ayam goreng 'crispy' dan sambal ayam gepuk yang pedas menyengat.

Mi kicap Ipoh disini dipadankan bersama ayam goreng crispy dan sambal gepuk pedas menyangat.

Menurut pemilik restoran, Kamarul Ashraf atau lebih mesra dikenali sebagai Ash, idea gabungan unik itu diinspirasikan daripada hidangan popular Indonesia dikenali sebagai mi gacoan.

Katanya, dia mula tertarik dengan konsep tersebut selepas beberapa kali berkunjung ke Indonesia dan merasai sendiri keenakan mi pedas yang cukup terkenal di sana.

“Saya memang kuat travel ke Indonesia. Dekat sana ada satu hidangan dikenali sebagai mie gacoan, ibarat ‘mi neraka’ bagi mereka.

MENARIK DIBACA: Rindu kampung dan masakan mak, pergi je Dulang Tokwan! Puas makan nasi bersama lauk Melayu asli

MENARIK DIBACA: Dah ada gerai jual snek viral ala Chikuro, teringin nak makan tak perlu lagi 'terbang' ke Indonesia

“Mi tu mereka gabungkan dengan sambal yang sangat pedas guna ‘cili setan’. Tapi dekat sini kami tak guna cili setan, kami guna cili padi biasa supaya lebih kena dengan cita rasa orang kita,” katanya kepada Kuali.

Pemuda berusia 28 tahun itu turut berkongsi bahawa restorannya bukan sekadar menjual mi biasa, sebaliknya membawa resipi warisan turun-temurun keluarganya sendiri.

Malah dia sendiri mengakui, untuk menyediakan mi kacap, ramuan rahsia digunakan sehingga ia menghasilkan rasa lemak, manis dan berempah yang seimbang.

“Mi kicap ini adalah resipi keluarga saya yang diturunkan daripada opah kepada ibu bapa saya sampailah sekarang.

Pelanggan boleh menikmati hidangan sampingan yang tak kalah hebat rasanya.

"Apa yang buatkan rasanya sedap kerana kami gunakan rempah daripada tiga bahan rahsia. Bukan itu saja kita pun gunakan mi kuning tanpa kapur untuk naikkan kesedapannya," ujarnya.

Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati pelbagai hidangan lain seperti 'chicken chop' dengan kuah pekat, nasi ayam gepuk, dumpling, mantao 'buttermilk' serta pencuci mulut sangkaya yang cukup 'creamy'.

Bagi penggemar makanan pedas dan penggemar mi, lokasi ini memang sesuai dijadikan port makan bersama keluarga atau rakan-rakan terutama kalau tekak tiba-tiba mengidam mi kicap Ipoh asli dengan sentuhan moden.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Restoran

Top 5 nasi Padang ‘legend’, enak di Jakarta... Dicadangkan warga Indonesia

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Restoran

Rindu kampung dan masakan mak, pergi je Dulang Tokwan! Puas makan nasi bersama lauk Melayu asli

play

Terhangat