info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Restoran

Top 5 nasi Padang ‘legend’, enak di Jakarta... Dicadangkan warga Indonesia

Lead Image

NASI Padang memang menjadi antara menu buruan pelancong Malaysia setiap kali berkunjung ke Indonesia.

Terdapat banyak pilihan restoran nasi Padang di negara tersebut yang boleh dikunjungi, malah ada yang beroperasi 24 jam sehari.

Rata-rata pelancong Malaysia menjadikan hidangan ini sebagai sajian wajib apabila berada di Indonesia kerana mahu menikmati keaslian rasa dan keenakannya yang sebenar.

MENARIK DIBACA: 'Homemade' ayam pop sama enak macam Pagi Sore, dah tak perlu terbang ke Jakarta

MENARIK DIBACA: Bumbu Babah diiktiraf Malaysia Book of Records, catat jualan 23,674 nasi Padang dalam sehari

Restoran Pagi Sore adalah antara 'rumah makan' yang cukup popular dalam kalangan pelancong Malaysia.

Di Threads, seorang individu meminta netizen Indonesia berkongsi cadangan restoran nasi Padang yang boleh dikunjungi di Jakarta selain Pagi Sore.

Berdasarkan tinjauan Kuali di ruangan komen, berikut antara restoran nasi Padang yang paling banyak dicadangkan oleh netizen Indonesia:

Lauk rendang dan ayam pop antara yang menjadi menu wajib -Foto restoransederhana.id

1. Sederhana

Antara rangkaian restoran nasi Padang paling popular di Indonesia, malah cawangannya juga memang senang ditemui di sekitar Jakarta. 

Lauk rendang, ayam pop dan gulai tunjang antara menu wajib cuba di sini. 

Payakumbuah terkenal dengan keaslian rasa hidangan. -Foto padangpayakumbuah

2. Payakumbuah

Restoran ini terkenal dengan masakan Minang yang rasanya lebih asli dan berempah. 

Ramai netizen mengakui daging rendangnya lembut selain sambal hijaunya cukup padu.

Bopet mini antara restoran Nasi Padang yang mesra poket. -Foto Manual Jakarta

3. Bopet Mini

Bagi yang mahu suasana lebih santai dan harga mesra poket, Bopet Mini antara lokasi dicadangkan. 

Menu dendeng balado dan ayam bakarnya sering menjadi pilihan pelanggan.

Suasana restoran cukup klasik dan penuh adat. -Foto @natrabu.restaurant

4. Natrabu

Restoran legenda yang sudah lama bertapak di Jakarta dengan pilihan lauk yang pelbagai serta suasana klasik.

Restoran ini menawarkan servis pantas dan pilihan lauk banyak. -Foto @restorangaruda

5. Garuda

Nama Garuda sememangnya tidak asing dalam kalangan pencinta nasi Padang. 

Restoran ini terkenal dengan hidangan bersih, servis pantas dan pilihan lauk yang sangat banyak.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Restoran

Restoran Jepun hidang stik, hamburg wagyu A5 cantik bak karya seni

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Restoran

[V] Mantap mi kicap 'ori' Ipoh makan dengan ayam gepuk 'crispy', inspirasi mie gacoan dari Indonesia

play

Terhangat