info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Restoran

[V] Restoran Jepun hidang stik, hamburg wagyu A5 cantik bak karya seni

BAGI peminat makanan Jepun, jarang-jarang sekali kita jumpa restoran yang menawarkan hidangan unik dengan gabungan cita rasa tempatan dan sentuhan barat.

Itulah yang membuatkan Ashiya Japanese Restaurant di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) menarik perhatian, lebih-lebih lagi apabila menu-menunya bukan sahaja premium, malah persembahannya juga cantik dengan sentuhan berseni.

Lebih menarik, restoran ini turut menawarkan daging wagyu A5 premium (gred kualiti tertinggi daging lembu Jepun) yang terkenal dengan teksturnya yang lembut dan kaya rasa.

Sebaik sahaja melangkah masuk, suasana restoran yang tenang dengan ruang makan yang tertutup memberikan keterujaan kepada pelanggan untuk menjamu selera.

Wagyu A5 premium yang terkenal dengan teksturnya yang lembut dan cair di mulut.

Sebagi pembuka selera, Signature Onion Gratin Soup dihidangkan dengan cara cukup berbeza, menampilkan rasa bawang karamel dan aroma herba serta sedikit lada hitam.

Tumpuan utama sudah tentu kepada stik dan hamburg wagyu A5 Jepun yang menjadi antara menu utama restoran ini.

Menggunakan daging wagyu A5, setiap suapan memberikan tekstur yang sangat lembut sehingga seakan-akan cair di dalam mulut.

Menariknya, perapan yang digunakan cukup ringkas bagi membolehkan rasa asli daging wagyu menyerlah sepenuhnya. 

MENARIK DIBACA: Dahsyat! Cuma satu perkataan, peniaga makanan untung besar bila TokTi 'bersuara' di media sosial

MENARIK DIBACA: 5 bahan asas masakan di dapur anda mungkin tiruan, ini cara mudah uji keasliannya

Tiada bau hamis, sebaliknya hanya rasa lemak semula jadi yang kaya rasa dan memuaskan.

Bagi mereka yang mahukan pilihan selain stik, restoran ini turut menawarkan Wagyu Bolognese Pasta, satu-satunya menu pasta yang terdapat dalam senarai hidangan.

Pasta hadir bersama sos bolognese pekat, manakala daging wagyu yang digunakan cukup terasa tekstur dan jusnya.

Sebagai pelengkap, Classic Pudding yang disajikan di sini menjadi sajian penutup yang sempurna dengan tekstur kastad yang padat dan berkrim. 

Wagyu Bolognese Pasta satu-satunya menu pasta yang terdapat dalam menu.

Rasanya cukup berlemak dengan tahap kemanisan yang seimbang dan tidak terlalu muak.

Lokasi: 72A, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 11 pagi hingga 11 malam (buka setiap hari)

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
play
KUALI | Restoran

Sate Famili gemuk-gemuk, isi padat berjus... Awas, sekali makan pasti ketagih!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Restoran

Top 5 nasi Padang ‘legend’, enak di Jakarta... Dicadangkan warga Indonesia

Terhangat