info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Restoran

Sate Famili gemuk-gemuk, isi padat berjus... Awas, sekali makan pasti ketagih!

JIKA anda teringin nak menikmati sate enak dengan daging lembut dan isi berjus, Sate Famili Mutiara Damansara patut masuk dalam senarai. 

Di sini, pelanggan ditawarkan dengan aneka pilihan menu sate istimewa seperti sate ayam berselang kulit yang dipanggang sempurna, cukup aroma rempah yang membuka selera. 

Selain ayam, terdapat juga pilihan protein lain seperti daging dan perut lembu, kambing serta arnab yang mana masing-masing kuat aroma perapan namun tidak membuatkan pelanggan berasa muak.

Menariknya, kuah kacang pekat seimbang rasa manis dan pedas boleh dinikmati secara 'free flow' melengkapkan lagi hidangan kegemaran ramai ini. 

Tak cukup dengan itu, pelanggan juga boleh mencuba kelainan rojak sate dengan lontong sebagai penambah rasa.

Lokasi : Restoran Sate Famili, Mutiara Damansara

Alamat: 26, Jalan PJU 7/16b, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi : Isnin hingga Sabtu

                           10 pagi hingga 10 malam

TONTON VIDEO PENUH 

 

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
play
KUALI | Restoran

Nasi campur bufet RM8 seorang... Pilih apa saja lauk nak makan, boleh tambah tanpa had

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Restoran

[V] Restoran Jepun hidang stik, hamburg wagyu A5 cantik bak karya seni

play

Terhangat