Spritzer raih pengiktirafan tahun ke-12 berturut-turut di World Branding Awards
SPRITZER Berhad terus mengekalkan pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila dinobatkan sebagai Jenama Terbaik kategori Air di World Branding Awards 2026–2027, sekali gus melakar kemenangan untuk tahun ke-12 berturut-turut.
Lebih membanggakan, Spritzer merupakan satu-satunya jenama Malaysia yang menerima pengiktirafan dalam kategori berkenaan bagi edisi tahun ini.
Anugerah itu diterima pada majlis penyampaian yang berlangsung di United Kingdom.
Ketua Perhubungan Awam Spritzer, Winnie Chin berkata pihaknya amat berbesar hati dengan pengiktirafan yang diterima namun kepercayaan berterusan pengguna terhadap jenama ini menjadi sesuatu yang lebih bermakna.

"Kami amat berbesar hati di atas pengiktirafan ini yang kami terima buat kali ke-12 berturut-turut.
"Memenangi anugerah sememangnya sesuatu yang membanggakan, namun kepercayaan berterusan pengguna kepada Spritzer menjadikan ia lebih bermakna," katanya.
Tambahnya, perubahan pasaran serta peningkatan jangkaan pengguna mendorong syarikat untuk terus memperbaharui pendekatan dan tidak hanya bergantung pada kejayaan lalu.
"Pihak Spritzer akan terus berinovasi, meneroka idea baharu dan meningkatkan standard demi mendekati pengguna dengan lebih baik, tanpa bergantung pada kejayaan lalu.
"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para pengguna, rakan kerjasama dan seluruh pasukan Spritzer atas sokongan dan komitmen berterusan mereka.
"Menerusi inisiatif jenama 'Flow with Joy', kami berharap dapat menawarkan bukan sekadar penghidratan kepada pengguna, malah turut mencetuskan detik kegembiraan dalam kehidupan mereka setiap hari," katanya.
MENARIK DIBACA: Pelancong Indonesia persoal sarapan di KLIA2 cecah RM50 - "Kos sara hidup hampir setanding Singapura ke?"
MENARIK DIBACA: Ramai teruja beli tisu murah, kuantiti banyak! Doktor ingatkan tentang risiko kesihatan
Pencapaian menerusi Anugerah Peringkat Kebangsaan itu mencerminkan usaha berterusan syarikat dalam membina reputasi berasaskan kualiti sejak hampir empat dekad lalu, selain mengekalkan keyakinan pengguna terhadap jenama ini.
Dianjurkan oleh World Branding Forum, World Branding Awards mengiktiraf jenama cemerlang menerusi gabungan penilaian jenama, kajian pasaran pengguna serta undian awam secara dalam talian.
Penglibatan pengguna dalam menentukan pemenang menjadikan pengiktirafan itu lebih bermakna buat Spritzer, khususnya dalam mencerminkan sokongan berterusan yang diterima daripada masyarakat.
Ditubuhkan pada 1989, Spritzer berkembang daripada sebuah pengeluar air botol tempatan kepada salah satu jenama air botol terkemuka di Malaysia.