KUALI | Trending

Bumbu Babah diiktiraf Malaysia Book of Records, catat jualan 23,674 nasi Padang dalam sehari

Lead Image

BERMULA sebagai jenama tempatan sederhana, rantaian Restoran Bumbu Babah mencipta sejarah tersendiri apabila menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR) pada Jumaat.

Ia atas pencapaian ‘Jualan Tertinggi Hidangan Nasi Padang dalam Tempoh Satu Hari’ iaitu sebanyak 23,674 pinggan nasi padang pada 1 Januari lalu menerusi 40 rangkaian restorannya.

Pengasas dan pemilik Bumbu Babah, Ajak Shiro, berkata, kejayaan ini adalah hasil sokongan luar biasa rakyat Malaysia serta komitmen tinggi pasukan di belakang tabir. 

Pengasas dan pemilik Bumbu Babah, Ajak Shiro, bangga dengan pencapaian Restoran Bumbu Babah.

Kongsinya, pencapaian ini bukti kepercayaan pelanggan terhadap jenama yang bermula daripada sebuah percubaan kecil.

"Pencapaian ini amat bermakna kerana ia dicapai dalam tempoh satu tahun operasi, sekali gus menandakan detik penting dalam perjalanan pesat Bumbu Babah sebagai antara jenama F&B tempatan berkembang paling pantas," kongsinya.

MENARIK DIBACA: ‘Mola-mola’ hanya buat video masak, sekarang Kakcik Yah sibuk reviu makanan... Ada sanggup datang rumah hantar produk! 

MENARIK DIBACA: Berendam dalam ‘Hotpot Spring’ jadi kegilaan, boleh pilih sup pedas atau sayur

Pengiktirafan berprestij ini disampaikan dalam satu majlis khas turut dihadiri wakil Malaysia Book of Records, rakan niaga, pelabur serta keseluruhan pasukan Bumbu Babah menjadi tulang belakang kejayaan jenama ini.

Dalam pada itu, Ajak mendedahkan idea penubuhan Bumbu Babah tercetus daripada anak perempuannya iaitu Nada, yang menyukai ayam goreng. 

Ajak mendedahkan idea penubuhan Bumbu Babah tercetus daripada anak perempuannya Nada, yang menyukai ayam goreng.

Nama Bumbu Babah juga kata Ajak ilham daripada Nada, dan anak perempuannya itu kini diiktiraf sebagai pengasas kecil jenama ini.

“Pencapaian ini bukan sekadar angka. Ia adalah bukti kepercayaan pelanggan terhadap jenama kami. 

“Apa yang bermula sebagai percubaan kecil kink menjadi suatu yang jauh lebih besar,” luahnya. 

Bumbu Babah bermula sebagai sebuah gerai kecil di medan selera Giant Batu Caves pada akhir 2024, sebelum berkembang pesat kepada 40 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia. 

Aneka hidangan memikat selera di Bumbu Babah.

Syarikat ini menyasarkan 60 cawangan menjelang April 2026 dan sehingga 80 hingga 100 cawangan sekitar hujung tahun.

Dalam tahun pertama operasi sahaja, Bumbu Babah telah menghidangkan lebih tiga juta hidangan nasi padang, meraih lebih 200,000 keahlian.

Ajak merancang meluaskan menu selari dengan tagline ‘Nasi Padang Dan Lain Lain’ termasuk pengenalan Siri Mi seperti Mi Bakso, Mi Ayam dan Laksa Indo.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Warga asing kantoi berendam dalam bekas air, buat guna cuci sayur sebelum jual - “Terus kembang rasa tekak”

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Enam makanan pengaruh mood, makan coklat gelap buat anda disayangi

Terhangat