KUALI | Trending

Enam makanan pengaruh mood, makan coklat gelap buat anda disayangi

Lead Image

BERDASARKAN kajian, makanan mampu mempengaruhi mood, tenaga serta fungsi otak seseorang, sekali gus membentuk kitaran antara makanan, minda dan emosi.

Kandungan nutrien penting dalam sesuatu makanan terutama buah-buahan membantu menghasilkan neurotransmitter seperti serotonin yang mengawal mood dan tahap tenaga.

Namun tahukah anda, kandungan neurotransmitter bukan sahaja mengawal mood diri sendiri, bahkan mempengaruhi orang di sekeliling kita.

Terdapat pelbagai kesan boleh mempengaruhi mood dan psikologi anda dan juga orang di sekeliling jika mengambil beberapa jenis makanan tertentu termasuklah;

Makan buah nanas menyebabkan badan menghasilkan bau manis semula jadi.

1. Nanas

Buah tropika dengan kandungan vitamin C, mangan, vitamin B6, tembaga, folat dan serat ini kaya dengan nutrisi dan bersifat rendah kalori.

Selain baik untuk membantu sistem pencernaan dan meningkatkan sistem imun tubuh, makan buah nanas akan menghasilkan sejenis kimia (body chemistry) dengan bau manis semula jadi.

Bau ini bukan sahaja menjadikan anda berasa lebih yakin, malah turut menarik orang disekitar anda.

Makan saderi menghasilkan Feromon iaitu zat kimia alami yang baik untuk lelaki.

2. Saderi

Saderi merupakan sayuran kaya dengan sumber antioksidan dan fitonutrien baik untuk kesihatan terutamanya sperma kerana kandungan serat dan airnya yang tinggi.

Jika seorang lelaki makan saderi, kandungan feromon iaitu zat kimia semula jadi yang dilepaskan  akan menjadi lebih aktif.

MENARIK DIBACA:Ini resipi kek oren paling mudah, sedapnya bukan main!

MENARIK DIBACA:Resipi daging kurma ala kenduri tak rumit, puas hati masak sendiri

Hasilnya akan mempengaruhi tahap keyakinan anda ketika berkomunikasi.

Makan coklat gelap boleh merangsang pelepasan hormon gembira dan positif seperti endorfin.

3. Coklat gelap

Coklat merupakan antara manisan paling digemari ramai selain daripada ais krim.

Namun makan coklat gelap dengan kandungan koko melebihi 70 peratus boleh merangsang pelepasan hormon endorfin (untuk rasa gembira) dan hormin oksitosin (rasa cinta dan sayang).

Pelepasan kedua-dua jenis hormon ini sekali gus membantu mengurangkan stres dan meningkatkan mood.

Kandungan vitamin C yang terkandung dalam buah strawberi dapat membantu meredakan stres.

4. Strawberi

Buah strawberi merupakan salah satu buah memiliki nutrisi tinggi untuk tubuh badan, kesihatan jantung, kulit dan otak.

Namun jika anda makan buah strawberi sebelum menghadiri acara penting, kandungan vitamin C yang terkandung dalam buah tersebut dapat membantu meredakan stres.

Kandungan antioksidan dan nutrien pada buah strawberi menyokong fungsi otak serta mengurangkan keradangan, memberikan kesan menenangkan dan meningkatkan mood.

Makan buah kiwi sebelum menjawab peperiksaan boleh membantu seseorang menjadi lebih fokus.

5. Kiwi

Buah kiwi mengandungi khasiat vitamin C sangat tinggi berbanding buah-buahan lain.

Makan buah kiwi sebelum menjawab peperiksaan boleh membantu anda untuk menjadi lebih fokus dan mempengaruhi mood positif dalam diri.

makan campuran madu bersama secubit garam sebelum tidur boleh membantu anda tidur lebih nyenyak.

6. Madu dan garam

Madu dan garam masing-masing memiliki sifat dan rasa berbeza termasuk daripada segi rasanya.

Tapi, jika makan campuran madu bersama secubit garam sebelum tidur, ia boleh membantu tubuh berasa lebih tenang dan tidur lebih nyenyak.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Bumbu Babah diiktiraf Malaysia Book of Records, catat jualan 23,674 nasi Padang dalam sehari

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Nenek 100 tahun jadi bintang mukbang, video makan ketam buat netizen kagum

Terhangat