KUALI | Resipi Tradisi

Resipi daging kurma ala kenduri tak rumit, puas hati masak sendiri

Lead Image

HIDANGAN daging masak kurma sememangnya sinonim dengan majlis keramaian dan kenduri kahwin.

Kuahnya yang pekat, berempah lembut serta beraroma santan menjadikan hidangan ini kegemaran ramai dan cukup menyelerakan bila dinikmati bersama nasi minyak atau nasi putih.

Tak perlu tunggu kenduri untuk menikmati daging masak kurma yang sedap dan berlemak. 

Dengan bahan-bahan yang mudah dan langkah penyediaan ringkas, anda boleh menghasilkan hidangan ala kenduri memikat selera seisi keluarga.

MENARIK DIBACA: Ekstrak Vanila bahan kedua termahal di dunia selepas safron

MENARIK DIBACA: Resipi tauhu goreng sos cuka hitam, hidangan ringkas tidak membosankan

Bahan-bahan

  • Daging (direbus)
  • 5 ulas bawang merah (dihiris kasar)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris kasar)
  • 1 sudu bawang putih (dikisar halus)
  • 1 inci halia (dikisar halus)
  • 1 tangkai daun kari
  • cili merah dan hijau
  • Tomato
  • Daun ketumbar
  • Akar ketumbar
  • Ubi kentang
  • Lobak merah
  • 3 sudu besar serbuk kurma
  • 1 kotak kecil santan
  • Air rebusan daging
  • Garam
  • Gula Melaka
  • Stok ayam

Langkah penyediaan

  1. Mula-mula tumis bawang merah dan bawang putih dihiris kasar sehingga layu.
  2. Kemudian masukkan daun kari, akar ketumbar, bawang putih serta halia kisar, kemudian kacau sehingga naik bau.
  3. Masukkan tiga sudu besar serbuk kurma dan air rebusan daging secukupnya.
  4. Masukkan ubi kentang dan lobak merah kemudian perasakan dengan garam, stok ayam serta serbuk perasa secukupnya.
  5. Selepas itu masukkan daging yang telah direbus dan biarkan sehingga kentang, lobak merah dan daging betul-betul empuk.
  6. Tuangkan satu kotak kecil santan bersama dua ketul kecil gula Melaka.
  7. Akhir sekali masukkan tomato, cili merah dan hijau serta daun ketumbar.
  8. Kacau-kacau, dah pun siap. Selamat mencuba!
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Teringat-ingat kuah pedas manis pasembur Penang, buat sendiri pun boleh!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Masak lemak ketam paling senang, tapi teknik kena betul baru sedap!

Terhangat