KUALI | Resipi Tradisi

Teringat-ingat kuah pedas manis pasembur Penang, buat sendiri pun boleh!

Lead Image

DALAM banyak-banyak jenis rojak, antara yang paling digemari ramai rakyat Malaysia mestilah rojak pasembur Penang

Hidangan ikonik ini terkenal dengan gabungan rasa manis, masam, pedas serta tekstur yang rangup dan segar.

Setiap suapan menawarkan kombinasi sayur-sayuran segar, tauhu, cucur dan pelbagai bahan laut yang disiram dengan kuah kacang pekat dan berperisa.

Memang sangat sedap dibuat snek waktu petang.

Resipi ini mudah diikuti di rumah, sesuai untuk dinikmati bersama keluarga atau dijadikan hidangan istimewa apabila tetamu datang.

Jangan risau, tanpa perlu ke gerai pun anda boleh menyediakan pasembur Penang padu dengan mengikuti kaedah ini.

Kuahnya mestilah pekat dan melikat supaya lebih sedap dan jangan lupa tambahkan gula Melaka asli untuk rasa yang lemak manis.

MENARIK DIBACA: Tak perlu guna racun serangga, serbuk kopi dan daun pandan cara mudah singkirkan kamitetep

MENARIK DIBACA: [V] Dari Xiao Long Bao ke claypot kari kambing, Deeriang saji masakan Cina Muslim autentik

Bahan-bahan

Kuah pasembur

  • 250g kacang tanah 
  • 5–6 sudu besar gula Melaka 
  • 2 sudu besar gula pasir 
  • 4 sudu besar air asam jawa
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1–2 sudu besar pes cili 
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil belacan 
  • 1 cawan air panas
  • 1 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan pasembur

  • Sengkuang 
  • Timun 
  • Tauhu goreng
  • Cucur udang
  • Cucur sotong/cucur sayur
  • Sotong rebus
  • Telur rebus 
  • Kentang rebus 
  • Salad/taugeh 
  • Keropok rangup/papadom

Cara penyediaan

  1. Potong sengkuang, timun, tauhu goreng, kentang rebus, telur rebus, sotong rebus.
  2. Sediakan cucur udang, cucur sotong, taugeh atau salad.
  3. Panaskan sedikit minyak, tumis belacan hingga wangi.
  4. Masukkan gula Melaka dan gula pasir, kacau hingga cair.
  5. Tambahkan pes cili, sos cili dan air asam jawa, kacau rata.
  6. Masukkan kacang tanah kisar dan air panas, kacau hingga kuah pekat.
  7. Perasakan dengan garam secukupnya.
  8. Masukkan semua bahan pasembur ke dalam mangkuk besar.
  9. Tuang kuah pasembur yang sudah siap ke atas bahan.
  10. Gaul rata hingga semua bahan bersalut kuah.
  11. Taburkan kacang tumbuk dan keropok rangup di atas sebelum dihidang.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Sambal telur pecah lauk penyelamat, mudah tapi menyelerakan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Resipi daging kurma ala kenduri tak rumit, puas hati masak sendiri

Terhangat