info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Restoran

Rindu kampung dan masakan mak, pergi je Dulang Tokwan! Puas makan nasi bersama lauk Melayu asli

KALAU rindu masakan kampung air tangan mak dengan suasana klasik zaman dulu, tempat ini memang kena dengan jiwa! 

Restoran Dulang Tokwan di Eco Majestic, Semenyih, yang tampil dengan konsep hidangan ala 80-an membawa pelanggan kembali ke zaman nostalgia. 

Cara hidangan disediakan cukup menggamit kenangan, dengan lauk pauk kampung disusun cantik dalam dulang besar.

Setiap satu menu diketengahkan Dulang Tokwan kaya dengan keaslian rasa.

Pelanggan boleh memilih set Kari Tokwan, set Lemak Tokwan dan set Asam Pedas Tokwan, masing-masing ditawarkan bersama kombinasi lauk cukup padu. 

Menariknya, jika datang solo, anda masih boleh menikmati set dulang dengan harga bermula RM27.90.

MENARIK DIBACA:[V] Yong tau fu 'legend' tengah KL sedap macam 40 tahun dulu! Penuh pinggan, harga tak 'menekan'

MENARIK DIBACA: Peniaga kecewa 'runner' bawa kuih 'bersiar-siar', akhirnya rosak! Perjalanan 20 minit jadi 3 jam

Apa yang membezakan restoran ini dengan tempat lain adalah menu 'rare' seperti telur ikan loma dan masak tumis paku rawan.

Telur ikan loma antara menu jarang jumpa ditawarkan di Dulang Tokwan, Eco Majestic, Semenyih.

Lebih mengujakan, setiap set menampilkan hidangan 'signature' seperti ikan baung masak asam pedas pekat dan menyengat.

Selain itu masak lemak cili api berlemak pedas serta sambal udang galah yang diketengahkan juga cukup menyelerakan kerana rasanya seimbang antara pedas dan manis. 

Udang digunakan dalam masak lemak dan sambal bersaiz gergasi puas makan.

Tidak lengkap hidangan kampung tanpa ulam-ulaman dan di sini hidangan ini 'diangkat' ke satu tahap lain.

Set ulam-ulaman ditawarkan bukan sahaja segar malah padanan sambal dan serta tempoyak menjadikan hidangan lebih menggamit kenangan seolah berada di kampung halaman.

Restoran Dulang Tokwan destinasi wajib singgah buat penggemar hidangan klasik.

Kesimpulannya, setiap menu di Dulang Tokwan  Eco Majestic dihasilkan secara serius.

Dari segi pemilihan bahan mentah seperti ikan, udang dan ketam dipadankan dengan teknik masakan bersesuaian bagi memastikan rasa sajian dihasilkan tidak menenggelamkan rasa asli hidangan.

Tak hairanlah ramai sanggup datang dari jauh semata-mata nak rasa 'vibe' klasik ini. 

Lokasi: Dulang Tokwan Eco Majestic, Semenyih

Waktu Operasi : 11 pagi hingga 10 malam (setiap hari)

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
play
KUALI | Restoran

[V] Mantap mi kicap 'ori' Ipoh makan dengan ayam gepuk 'crispy', inspirasi mie gacoan dari Indonesia

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Restoran

[V] Jjajangmyeon, jjampong pedas berapi di Obba Jjajang khas untuk peminat makanan Korea

play

Terhangat