[V] Jjajangmyeon, jjampong pedas berapi di Obba Jjajang khas untuk peminat makanan Korea
SELEPAS seharian berkerja, pasti kita mahukan makanan panas berkuah yang boleh memuaskan selera.
Kalau sebelum ini kita akan cari kedai tomyam atau singgah restoran mamak untuk pekena mi segera sup, kini makanan Korea pun sudah masuk senarai pilihan sebahagian rakyat Malaysia.
Salah sebuah restoran yang boleh dikunjungi adalah Obba Jjajang, restoran yang semakin menjadi sebutan pencinta makanan Korea.

Dari segi suasana, restoran mesra Muslim ini mengetengahkan dekorasi sentuhan Korea yang minimalis, cukup selesa untuk makan sendirian atau beramai-ramai secara santai.
Paling menarik, pelanggan boleh menikmati pelbagai hidangan sampingan secara bufet dan refill tanpa had.
Bagi mereka yang ingin menikmati dua sajian sekali gus, pilih sahaja hidangan ‘half and half’ iaitu jjajangmyeon dan jjampong.
MENARIK DIBACA: [V] Dipanggil ‘kuih orang mati’, Serabai kini jadi juadah komersial... Dimakan bersama aneka kuah manis
MENARIK DIBACA: Rambang mata dibuatnya! ‘Syurga’ kek klasik ada di Taman Melawati
Untuk yang pertama kali mencuba jjajangmyeon (mi dengan sos kacang soya hitam), sajian ini memang mudah ‘masuk’ dengan selera tempatan.
Sos kacang soya hitamnya pekat, berkilat dan penuh rasa umami.
Apabila digandingkan dengan kimchi, menyeimbangkan lagi rasa lemak, masin dan masam.
Seterusnya, jjampong (mi sup 'seafood' pedas) pula hadir dengan karakter berbeza. Kuahnya lebih ringan tetapi sarat dengan rasa pedas berempah yang ‘kick’.

Isi makanan laut seperti sotong dan udang menambahkan lagi rasa manis semula jadi dalam kuah.
Penkek 'seafood' pula rangup di luar, lembut di dalam dan tidak terlalu berminyak, manakala ayam gorengnya cukup berperisa walaupun dimakan begitu sahaja.
Lokasi: B-018, Basement 1, The Starling, 6, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, KL
Waktu operasi: 11:30 am–9:30 pm