info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Netizen Malaysia lancar kempen boikot Pagi Sore habis-habisan, warga Indonesia sokong!

Lead Image

GARA-gara insiden sekumpulan pelancong Malaysia dituduh tidak membayar bil makan mereka di restoran terkenal Indonesia, Pagi Sore pada Sabtu lalu, netizen mula melancarkan seruan untuk memboikot premis tersebut.

Walaupun restoran Pagi Sore telah mengeluarkan permohonan maaf atas salah faham tersebut, namun tuduhan itu yang dianggap tidak berasas meninggalkan kesan mendalam terutama kepada warga Malaysia yang berkunjung ke Indonesia dan sering menyokong bisnes nasi Padang tersebut.

Di Threads, sedang 'panas' kempen #BoikotPagiSore yang dilancarkan netizen sehingga menarik perhatian bukan sahaja warga Malaysia, malah dari Indonesia sendiri.

Kronologi kejadian sekumpulan pelancong Malaysia yang dituduh tidak membayar selepas makan di Pagi Sore.

"Malaysia, please boikot Pagi Sore. Boikot macam mana kita boikot barang Israel," gesa seorang pengguna Threads.

Hantaran tersebut telah menerima hampir 30,000 tanda suka dan mendapat respon ribuan wargamaya yang turut menyokong untuk memboikot restoran yang terkenal dengan masakan Padang itu.

Malah, ada netizen dari Indonesia sendiri turut mendakwa penduduk di sana sudah terlebih dahulu memboikot Pagi Sore atas alasan harga makanan yang dijual mereka terlalu mahal.

MENARIK DIBACA: [V] MK K-Clique puji air tangan isteri, mengaku baru belajar makan ulam lepas kahwin

MENARIK DIBACA: Selepas sate Kajang dan nasi ambeng, 6 lagi menu bakal diwarta Makanan Warisan Selangor

"Boikot Pagi Sore dan sokong peniaga kecil di Indonesia. Saya percaya ada banyak lagi kedai makan nasi Padang yang sedap dan berbaloi daripada Pagi Sore.

"Sebagai orang Indonesia, Pagi Sore selalu jadi pilihan terakhir untuk makan. Nasi Padang yang lagi murah dan sedap banyak. Anda boleh cuba makan di Paya Kumbuh atau Garuda sebab makanan mereka lebih mudah dan sedap.

"Aku orang Indonesia sendiri dah lama boikot Pagi Sore sebab harganya terlalu mahal. Rasanya juga biasa saja. Masih banyak restoran Minang lain yang lebih enak dan berpatutan," antara komen netizen Indonesia.

Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan pelancong dari Malaysia dituduh tidak membayar bil makanan mereka berjumlah 907,500 rupiah (RM204.26) selepas berkunjung ke salah satu cawangan restoran Pagi Sore pada 13 Mei 2026.

Tiga hari kemudian, pihak Pagi Sore telah bertindak berkongsi video dengan kapsyen tuduhan - 'Pelancong Malaysia kabur tak bayar' dalam media sosial sehingga perkongsian tersebut menjadi tular.

Panik atas tuduhan tersebut, sekumpulan pelancong Malaysia itu kemudian menunjukkan bukti berupa resit pembayaran, sekali gus menyelamatkan mereka daripada tuduhan tidak berasas itu.

Tuduhan palsu yang dilemparkan Pagi Sore membuatkan mereka dikecam hebat kerana bertindak dengan membuat tuduhan melulu tanpa siasatan seperti transaksi terlebih dahulu.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Goreng nasi pakai sut, nakal kenyit mata! Peniaga pasar malam kacak raih RM32,000 sebulan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Momen

Selepas sate Kajang dan nasi ambeng, 6 lagi menu bakal diwarta Makanan Warisan Selangor

Terhangat