info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Momen

Shake Shack Malaysia dapat sijil halal, perkenal menu baharu dan koleksi batik eksklusif

Lead Image

SHAKE Shack Malaysia meraikan pencapaian penting apabila kesemua empat cawangannya menerima pensijilan halal rasmi daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pensijilan tersebut mencerminkan komitmen berterusan jenama itu dalam menawarkan pengalaman menjamu selera diyakini pelanggan tanpa menjejaskan kualiti bahan premiumnya serta layanan mesra yang menjadi identiti Shake Shack di seluruh dunia.

Proses mendapatkan pensijilan halal itu melibatkan beberapa penyesuaian penting termasuk reformulasi menu, perolehan bahan mentah mematuhi standard halal, pertukaran pembekal serta pematuhan operasi secara menyeluruh mengikut garis panduan ditetapkan Jakim.

Shake Shack Malaysia kini mendapat pensijilan halal.

Sempena pencapaian ini, Shake Shack Malaysia turut memperkenalkan rangkaian produk terbaharu merangkumi Steakhouse Menu, Tiramisu Shake serta koleksi barangan edisi terhad hasil kolaborasi bersama bATIKTEKTURA.

Mulai 12 Jun 2026, menu masa terhad dan koleksi eksklusif berinspirasikan Malaysia itu bakal ditawarkan di semua cawangan Shake Shack Malaysia termasuk The Exchange TRX; Sunway Pyramid; KLIA Terminal 2 dan Pavilion Kuala Lumpur. 

MENARIK DIBACA: Rojak buah segar RM10 penuh sebekas, memang puas hati!

MENARIK DIBACA: Agar-agar buah naga penyegar tekak ketika cuaca panas

Cita rasa stik 

Antara tarikan utama koleksi Steakhouse At The Shack adalah Steakhouse Burger, menampilkan gabungan keju cheddar putih, cendawan portobello, bawang goreng rangup dan sos horseradish peppercorn mayo disajikan bersama daging lembu premium. 

Turut diperkenalkan, kentang goreng crinkle-cut klasik dipadankan dengan sos horseradish peppercorn mayo, Steakhouse Fries, bersama taburan hirisan daging lembu serta taburan daun bawang segar.

Steakhouse At The Shack menu terbaharu bakal muncul pada 12 Jun ini.

Bagi pencinta manisan pula, Tiramisu Shake menawarkan gabungan krim keju mascarpone, kopi dan kastard vanila diadun segar mengikut pesanan.

Minuman itu turut dihiasi serpihan biskut ladyfinger dan taburan serbuk koko, sekali gus memberikan pengalaman menikmati pencuci mulut klasik Itali dalam bentuk minuman.

Steakhouse Menu, Tiramisu Shake dan koleksi barangan Shake Shack x bATIKTEKTURA akan mula ditawarkan di semua cawangan Shake Shack Malaysia bermula 12 Jun 2026, tertakluk kepada ketersediaan stok.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Pemuda jalani rawatan dialisis kali ke-700, dulu makan 2 bungkus mi segera setiap hari

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Sedih tengok jiran bakar ubi kayu diberi bersama sampah! Netizen suruh positif, anggap masak cara tradisi

Terhangat