info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Bosan makan nasi? Boleh cuba buat bubur kanji berlemak, dijamin tak cukup semangkuk

Lead Image

KALAU musim hujan atau badan rasa kurang sihat, memang inilah antara menu yang sukar ditolak.

Lebih dikenali sebagai kanji di sebelah utara, hidangan berasaskan beras ini cukup popular kerana teksturnya yang pekat, lembut dan mengenyangkan.

Seperti mana bubur lambuk, ia sering menjadi pilihan ketika berbuka puasa di bulan Ramadan.

Bagi yang mahu masak kanji yang popular di negeri-negeri seperti Kedah, Pulau Pinang dan Perak utara ini, apa kata cuba resipi yang dikongsikan oleh Izzatie Saifurizal.

Bubur pekat berlemak daripada santan, ditambah aroma halia, halba dan lada hitam memang cukup membuka selera.

Lagi sedap apabila dicampur ayam atau daging, kentang dan lobak merah yang lembut, kemudian ditabur daun bawang serta bawang goreng yang menambahkan lagi aroma dan keenakannya.

Cukup nikmat apabila dimakan panas-panas.

Bahan-bahan

  • Beras
  • Halba
  • Lada hitam
  • Halia
  • Serai 
  • Protein pilihan seperti daging, ayam, udang atau udang kering
  • Lobak merah
  • Ubi kentang
  • Daun bawang
  • Bawang merah
  • Santan

MENARIK DIBACA:  Cara wanita ini ajar cara buat donat 'step by step' dipuji, ramai teruja nak cuba - "Bagusnya bagi resipi detail"

MENARIK DIBACA: Nampak senang, ramai mengaku kalah cuba diet tembikai ekstrem Zul Ariffin

Cara penyediaan

  1. Masukkan beras, halba, lada hitam, halia dan protein pilihan ke dalam periuk. Tambahkan air secukupnya dan rebus sehingga beras kembang serta mendidih.
  2. Rendam beras selama 30 minit hingga satu jam sebelum memasak untuk mempercepatkan proses beras menjadi lembut.
  3. Apabila bubur mula mendidih, masukkan lobak merah, ubi kentang dan santan. Perasakan dengan garam mengikut cita rasa dan jika suka boleh juga tambah kiub pati ayam.
  4. Teruskan merebus sehingga semua bahan masak dan bubur mencapai tekstur yang diingini. Kemudian masukkan daun bawang yang telah dihiris.
  5. Sebagai langkah terakhir, tumis bawang merah sehingga naik bau dan sedikit garing, kemudian masukkan ke dalam bubur. Kacau sebati dan sedia untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Sambal gepuk 'homemade' bikin ketagih, sekali buat boleh jadi stok untuk 2 minggu

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Wanita ajar cara buat roti canai lembut, anak lebih berselera berbanding makan di kedai

Terhangat