info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Sambal gepuk 'homemade' bikin ketagih, sekali buat boleh jadi stok untuk 2 minggu

Lead Image

JIKA makan di rumah, sambal sering menjadi ‘hero’ yang membantu menaikkan selera.

Seorang pengguna Threads, Fyra Elena menarik perhatian ramai apabila berkongsi resipi sambal gepuk yang dikatakan 'terlajak sedap' dan boleh disimpan sehingga dua minggu.

Menurutnya, sambal tersebut bukan sahaja mudah disediakan, malah sesuai dijadikan stok makanan harian bagi mereka yang sibuk.

Today saya buat sambal gepuk terlajak sedap. Sekali buat boleh tahan dua minggu. Save (resipi) siap-siap tau,” kongsinya.

Resipi yang dikongsi sememangnya ringkas tetapi kaya dengan ramuan dan beraroma, menjadikan ia antara sambal yang cukup ‘kick’ untuk penggemar makanan pedas.

Bahan-bahan digunakan untuk sambal gepuk juga ringkas.

Bahan-bahan

 

  • 50 tangkai cili api merah 
  • 10 tangkai cili api hijau
  • 5 ulas bawang putih 
  • Gajus secukupnya
  • 1 sudu kecil garam 
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • 1 sudu kecil gula 
  • 1 sudu besar serbuk pati ayam/1 kiub pati ayam
  • Minyak masak

MENARIK DIBACA: Nak kulit bayi gebu? Ibu-ibu jangan tinggal 5 makanan ini, boleh amal sepanjang kehamilan

MENARIK DIBACA: Satu gigitan cair di dalam mulut, keenakan putu piring memang tak boleh tolak

Langkah penyediaan

  1. Kisar kasar cili padi merah, cili padi hijau dan bawang putih lalu diletakkan dalam satu mangkuk.
  2. Campurkan garam, serbuk perasa, gula dan serbuk pati ayam dalam bahan sudah dikisar tadi. 
  3. Panaskan minyak secukupnya dan tuang ke dalam bahan telah dikisar.
  4. Dalam kuali berasingan, sangai gajus lebih kurang lima minit lalu dikisar.
  5. Masukkan gajus kisar dalam campuran sambal gepuk tadi. 
  6. Kacau sehingga tekstur menjadi pekat, lebih lama dikacau lebih baik. 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Cara buat sambal kicap asli Jawa, pelengkap soto dan aneka gorengan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Bosan makan nasi? Boleh cuba buat bubur kanji berlemak, dijamin tak cukup semangkuk

Terhangat