info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Cara buat sambal kicap asli Jawa, pelengkap soto dan aneka gorengan

Lead Image

SAMBAL kicap sememangnya sangat sinonim dengan masyarakat di Johor kerana pengaruh kuat masyarakat Jawa di negeri tersebut terutamanya di kawasan seperti Muar dan Batu Pahat.

Pada asalnya, sambal kicap dimakan bersama hidangan seperti tempe dan tauhu goreng.

Tetapi hari ini, sambal yang terhasil daripada gabungan cili padi hijau dan bawang putih yang digoreng dan ditumbuk halus itu turut dijadikan pencecah untuk pisang goreng, sukun goreng dan keledek goreng, serta dijadikan penambah kelazatan makanan bersup seperti soto.

Walaupun kelihatan mudah disediakan, terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan sambal kicap yang lebih sedap, tahan lama dan mempunyai aroma yang lebih menyengat.

Sambal kicap awalnya dimakan bersama tempe goreng oleh masyarakat Jawa.

Bahan-bahan

  • 20 biji cili padi hijau
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 cawan kicap manis

MENARIK DIBACA: Enam jenis bunga ini boleh dimakan! Cef tunjuk cara buat manisan memikat selera

MENARIK DIBACA: [V] Rupanya pucat dan rasanya hambar! Cicah dengan sambal ‘berapi’ baru tahu kehebatan sate taichan

Langkah penyediaan

  1. Goreng cili padi dan bawang putih menggunakan sedikit minyak sehingga layu.
  2. Tumbuk sehingga cili padi dan bawang putih yang telah digoreng tadi sehingga lumat, kemudian tambah gula.
  3. Masukkan kicap dan kacau sehingga sebati.
  4. Siap untuk dinikmati bersama sup, soto atau dijadikan pencecah pisang goreng, sukun goreng dan keledek goreng.

Tip Kuali:

  • Jangan sesekali tambah air ke dalam sambal kicap yang telah disimpan di dalam peti sejuk. Hanya tambah kicap sahaja.
  • Gunakan sudu yang kering apabila mengambil sambal kicap yang disimpan.
  • Jangan buang tangkai pada cili padi untuk mengelak daripada sakit perut.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Nikmat colek gula Melaka sukar diungkap, ramai ulang buat berkali-kali

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Sambal gepuk 'homemade' bikin ketagih, sekali buat boleh jadi stok untuk 2 minggu

Terhangat