info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Harry Styles buat kejutan, bayar semua bil pelanggan di dua kafe di Amsterdam

Lead Image

SELEPAS menamatkan jelajah konsert di Amsterdam, Belanda, penyanyi Harry Styles mencuri perhatian ramai apabila membayar bil semua pelanggan di dua kafe kegemarannya sebagai tanda penghargaan.

Menurut laporan etalkctv, bekas anggota kumpulan One Direction itu dilaporkan menanggung bil semua pesanan minuman pelanggan di kafe Back to Back dan Uncommon Cafe.

Menerusi foto yang tular di media sosial, Harry turut meninggalkan ucapan terima kasih kepada peminat di Amsterdam atas layanan mesra dan sambutan hangat yang diterimanya sepanjang berada di bandar itu.

Harry membelanjakan semua pelanggan di dua kafe kegemarannya sebagai tanda penghargaan.

"Sebagai tanda terima kasih atas sambutan yang hangat sepanjang beberapa hari ini.

"Together, Together (nama konsert Harry Styles) akan belanja semua yang pesan minuman hari ini. Dank je, Amsterdam! (terima kasih, Amsterdam)," tulisnya.

Notis tersebut dipaparkan di salah sebuah kafe sebelum gambar berkenaan mula tular di media sosial pada Ahad lalu.

Ini bukan kali pertama penyanyi berusia 32 tahun itu menunjukkan sikap pemurahnya kepada peminat.

MENARIK DIBACA: Bentuk badan macam anak dara, '5 factor diet' rahsia Megan Fox 

MENARIK DIBACA: Tinggalkan dunia glamor... 6 artis popular China jual makanan, jadi petani demi kelangsungan hidup

Sebelum ini, seorang peminat pernah berkongsi pengalaman terserempak dengan Harry di sebuah kafe, sebelum penyanyi itu secara spontan membayarkan semua pesanannya.

Sikap murah hati Harry terus menjadi bualan netizen yang rata-ratanya memuji sifat rendah diri penyanyi berkenaan yang sentiasa menghargai peminatnya.

"Sudahlah kacak, pemurah pula tu!"

"Untunglah peminat Harry dapat minuman percuma," antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

[V] Dikecam salah sebut ‘roti canai’, peserta MasterChef kelahiran Malaysia mohon maaf

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Yong tau fu antara makanan pasar malam berisiko dicaj harga cekik darah! Ambil seronok, nak bayar 'menangis'

Terhangat