KUALI | Selebriti

Bentuk badan macam anak dara, '5 factor diet' rahsia Megan Fox 

Lead Image

MEMILIKI tubuh langsing menjadi impian setiap wanita termasuklah pelakon Megan Fox yang turut menjaga pemakanannya supaya berat badan tidak bertambah.

Meskipun sudah menginjak usia 40 tahun,  Megan mendedahkan masih mengamalkan disiplin terutama soal penjagaan pemakanan.

Megan tetap kelihatan seperti anak dara.

1. Five-factor diet

Jelasnya, dia melakukan 'five factor diet' iaitu pola pemakanan dengan lima hidangan bersaiz kecil sehari.

Diet ini membantu mengekalkan metabolisme badan serta mengelakkan rasa lapar berlebihan.

Diet ini lebih berkesan apabila digabungkan dengan senaman kardio intensif seperti senaman perut atau circuit training.

Sarapan adalah waktu makan paling penting.

2. Wajib bersarapan

Sarapan dianggap sebagai waktu makan paling penting dan tidak boleh dilewatkan.

Menu pilihannya ringkas tetapi padat nutrisi dan membekalkan tenaga iaitu terdiri daripada putih telur, oatmeal dan almond.

Smoothie berri kaya dengan antioksidan.

3. Smoothie jadi sumber nutrisi

Smoothie turut menjadi sebahagian penting dalam rutin pemakanan hariannya.

MENARIK DIBACA: Nampak bersih tapi banyak kuman, ada tip cuci lesung batu

MENARIK DIBACA: Elok makan telur kalau kena bisul, bukan penyebab jangkitan lambat sembuh

Antara yang menjadi kegemaran adalah red smoothie yang mengandungi campuran buah beri, teh chai, serbuk protein dan sedikit susu badam.

Sushi lebih sesuai dimaan kerena rendah karbohidrat.

4. Sushi pilihan makan malam

Untuk mengawal keinginan makan pada waktu malam, Megan memilih sushi sebagai menu makan malam.

Pilihan ini dianggap lebih ringan bersanding makanan tinggi gula atau karbohidrat.

Salmon pula menjadi menu wajib yang diambil setiap hari, walaupun suatu ketika dahulu dia kurang menggemari ikan tersebut.

Megan memberitahu ia kerap menikmati salmon dalam pelbagai bentuk termasuk sashimi, lengkap dengan salad timun, sup miso dan edamame.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Selebriti

11 tip memasak pernah dikongsi artis, chef... Peminat ingat dan amalkan sampai sekarang

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Selebriti

Pelakon Indonesia Nino Fernandez ada cara jaga isteri berpantang, cipta 3 menu bantu ‘boost’ susu ibu

Terhangat