Tinggalkan dunia glamor... 6 artis popular China jual makanan, jadi petani demi kelangsungan hidup
DI China, ramai selebriti yang pernah berada di puncak populariti kini memilih jalan berbeza demi kelangsungan hidup malah sanggup berniaga atau melakukan kerja kampung.
Sama ada menjual makanan di jalanan hinggalah menjadi petani, kisah mereka sememangnya mengejutkan peminat tetapi dalam masa sama dikagumi kerana tidak malu mencari rezeki.
Berikut antara artis China yang pernah tular kerana perubahan hidup mereka:

1. Jia Nai Liang jual produk 'live'
Pelakon dan pengacara terkenal China, Jia Nai Liang kini aktif melakukan siaran langsung di media sosial sambil menjual peralatan dapur dan baucar makanan.
Walaupun masih dikenali dalam dunia hiburan, dia dilihat lebih memberi fokus kepada bisnes digital yang rancak di China.
MENARIK DIBACA: Pelancong Indonesia pelik saiz ayam Malaysia terlalu besar - "Jenis apa sebenarnya?"
MENARIK DIBACA: Patutlah kulit orang Indonesia mulus, tempe mampu cegah masalah jerawat
2. Zhang Xiaolei tanam cili
Sering membawa watak CEO kaya dalam drama China atau ‘dracin’, Zhang Xiaolei mengejutkan ramai apabila memilih menjadi petani cili.
Difahamkan, perubahan teknologi dan persaingan industri membuatkan peluang kerjaya lakonannya semakin berkurangan.
Dia kini dia lebih selesa menjalani kehidupan sederhana di kebun miliknya.

3. Xu Hai Wei balik kampung, berniaga
Pernah membintangi drama Peace in Palace, pelakon tampan Xu Hai Wei memilih pulang ke kampung halaman untuk berniaga hasil tani dan menjual hasil tangkapan laut.
Kehidupan baharunya itu mendapat perhatian netizen kerana jauh berbeza dengan imej mewah yang sering dipaparkan dalam drama lakonannya.

4. Zhao Lusi jual 'pancake'
Digelar ‘ratu drama’ China, Zhao Lusi pernah menjadi tular selepas dilihat turun padang menjual 'pancake' telur khas Chengdu di sebuah pusat jajanan di Hainan.
Tindakan melayan sendiri pelanggan membuatkan ramai peminat memuji sikap rendah dirinya.
5. Steven Hao jual aiskrim
Nama Steven Hao cukup dikenali menerusi watak ikonik Boboho ketika zaman kanak-kanak.
Di sebalik populariti itu, dia pernah menjual aiskrim bagi menampung kos pengajian dan membantu ekonomi keluarga.

6. Xu Bing Chao jual bakpao
Bekas anggota kumpulan idol Desert5, Xu Bing Chao kini sibuk berniaga bakpao kukus menggunakan trak makanan selepas berehat daripada dunia hiburan.
Perubahan kerjayanya turut mendapat sokongan peminat yang kagum dengan kesungguhannya mencari pendapatan sendiri.
Kisah artis-artis ini membuktikan bahawa populariti bukan jaminan kehidupan selesa untuk selamanya.
Walaupun pernah hidup glamor, mereka tidak kekok mencuba pelbagai pekerjaan demi meneruskan kehidupan, sekali gus menjadi inspirasi kepada masyarakat.