Peniaga sajian tempatan terus menonjol melalui kempen 'Wajib Try Ni!' foodpanda
PENINGKATAN kebergantungan pengguna terhadap platform digital yang memudahkan, ramai vendor kecil dan bebas berdepan cabaran untuk menonjolkan jenama mereka.
Bagi memastikan wira kulinari tempatan ini terus mendapat perhatian, foodpanda Malaysia memperkenalkan kempen terbaharu, 'Wajib Try Ni!' dalam usaha mengetengahkan mereka yang dianggap 'permata tersembunyi' dalam landskap makanan tempatan.
Kempen ini bertujuan menggalakkan masyarakat menikmati hidangan kegemaran tempatan bagi mencerminkan kekayaan serta kepelbagaian budaya kulinari negara, sekali gus menyokong perniagaan tempatan.
Kempen ini turut mencerminkan komitmen berterusan foodpanda dalam menyokong komuniti vendor selari dengan janji 'Make Life Delicious' untuk membawa kegembiraan melalui penerokaan makanan.

Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Kenneth Soh berkata, 'Wajib Try Ni!' adalah usaha untuk memastikan nadi dan jiwa landskap makanan negara iaitu vendor tempatan terus berada di barisan hadapan ekonomi digital.
"Dalam dunia yang semakin mengutamakan kemudahan, kami percaya keseronokan penerokaan ini menjadikan hidup 'lebih sedap'.
"Bukan sekadar menghantar makanan, tetapi kami menghubungkan rakyat kepada kisah, warisan dan semangat di sebalik setiap hidangan," katanya.
Kempen terbaharu ini menghimpunkan pelbagai vendor untuk memudahkan pengguna menemui hidangan wajib dicuba dari gerai kegemaran setempat, kopitiam hinggalah kepada jenama tempatan yang kian berkembang.
MENARIK DIBACA: Wanita tukar susu badan jadi serbuk, sangat memudahkan urusan - "Keputusan terbaik pernah saya buat"
MENARIK DIBACA: Nak galakkan pengeluaran susu badan, air kotak jadi 'BFF' sepanjang berpantang
Kempen bermula di Pulau Pinang, kota tersohor di persada dunia dengan kepelbagaian kulinari serta warna warni budaya makanan.
Wira tempatan pertama diperkenalkan adalah pengasas Nasi Lemak Ciksue, Sue yang terus memelihara legasi keluarga sejak 70 tahun lalu berbekalkan resipi warisan arwah ibunya.
Menurutnya, penyertaan dalam foodpanda menjadi titik perubahan penting apabila perkhidmatan penghantaran berkembang sebagai pemacu jualan.
Melalui langkah itu, cita rasa tradisional dihasilkannya kini dapat dinikmati oleh lebih ramai individu, baik penduduk setempat mahupun pelancong.
Antara hidangan patut dinikmati termasuk Nasi Lemak Ayam Bakar dan Nasi Kerabu Harimau Menangis.
Selain itu, Ikat Tepi Kopitiam turut diraikan kerana kelebihannya dalam menghidangkan sajian klasik penuh nostalgia.
Menurut pasukan kopitiam itu, platform foodpanda membantu mereka memperluas capaian pelanggan bahkan mengukuhkan jenamanya kerana ia menjadi titik perkenalan pertama sebelum pelanggan melangkah masuk ke premis.
Antara cadangan utama bagi pelanggan yang ingin merasai cita rasa asli tempatan adalah Nasi Lemak Lipat Tiga Segi dan Kopi Signature.
Bukan itu sahaja, kafe tempatan di Pulau Pinang, Frank Laurent Coffee Roasters pula mengimbangi seni kraf pembuatan kopi dengan inovasi teknologi Superfreeze Espresso bagi memastikan setiap cawan tetap konsisten dan berkualiti tinggi.

Kehadiran di Foodpanda membolehkan mereka menjangkau pelanggan lebih luas di luar premis fizikal, sambil kekal setia kepada tradisi tempatan.
Minuman 'signature' kopi dan matcha antara pilihan mesti dicuba pencinta kopi.
Sebagai sebahagian daripada kempen itu, Foodpanda Malaysia akan memperkenalkan kandungan penerokaan makanan dikurasi khas dengan menampilkan hidangan serta kisah individu pelbagai wilayah di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut boleh mengikuti perkembangan kempen menerusi Instagram dan Facebook Foodpanda Malaysia.