KUALI | Trending

Wanita tukar susu badan jadi serbuk, sangat memudahkan urusan - "Keputusan terbaik pernah saya buat"

Lead Image

SEORANG wanita mencuri perhatian ramai di laman Threads selepas berkongsi pengalaman unik menukarkan susu badan kepada bentuk serbuk menggunakan kaedah 'freeze-dried'.

Menurut pemilik akaun tersebut, tindakan itu menjadi antara yang amalan terbaik pernah dibuat sebagai seorang ibu bagi memudahkan urusan ketika keluar dari rumah atau bercuti.

"Tukar susu badan sendiri jadi serbuk kering beku memang keputusan terbaik! Sekarang tak perlu lagi bawa beg cooler besar dengan ais setiap kali travel,” kongsinya di laman Threads.

Bagaimanapun, wanita tersebut menjelaskan bahawa kaedah ini tidak digunakan setiap hari kerana kosnya yang agak tinggi.

Susu yang dibekukan akan diambil oleh pihak servis dan akan diproses menjadi serbuk.

"Saya guna terutamanya untuk travel atau bila berada di luar rumah sahaja. Bukan untuk kegunaan harian sebab mahal," katanya.

Jelasnya, dia menggunakan proses freeze-drying yang mana susu badan akan bertukar menjadi serbuk bagi memudahkan penyimpanan. 

Apabila dicampurkan dengan air, ia kembali menjadi susu seperti biasa dan perlu dibancuh sebelum diberikan kepada bayi.

"Ya, kena bancuh. Konsistensi tetap sama malah sesuai untuk bayi yang 'reject' (tak mahu) susu beku sebab 'high lipase' (susu cepat berubah rasa).

MENARIK DIBACA: Mengarut! Ibu bapa 'seram' tengok aneka jajan pelik jual dekat sekolah anak

MENARIK DIBACA: Harga barangan harian ‘mesra rakyat’.. Ini 10 fakta menarik Madani Mart

"Proses ini guna suhu rendah, bukan haba tinggi jadi kebanyakan nutrien masih kekal.

"Saya buat kajian dulu sebelum buat keputusan. Ia selamat jika dibuat oleh servis yang dipercayai dan ikut standard kebersihan serta keselamatan makanan,” katanya lagi.

Menurutnya, proses ini juga tidak melibatkan ubat-ubatan sebaliknya hanya menggunakan kaedah pemeliharaan susu seperti pembekuan biasa cuma dalam bentuk berbeza.

Menjawab persoalan netizen tentang kesesuaian penggunaan untuk bayi di pusat jagaan kanak-kanak (IFC), wanita itu tidak menggalakkan amalan itu.

Hantaran yang dimuat naik di laman Threads.

"Saya tetap akan hantar susu segar yang dipam bila bayi di IFC. Serbuk ni saya guna untuk travel sahaja sebab kosnya tinggi," jelasnya.

Bagi yang tertanya-tanya mengenai proses ini, dia berkongsi bahawa susu beku akan diambil oleh penyedia servis sebelum diproses.

"Mereka akan ambil susu beku kemudian dalam masa tiga hingga empat minggu, akan dipulangkan dalam bentuk serbuk,” katanya.

Perkongsian itu ternyata mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang kagum dengan kemudahan ditawarkan, namun tidak kurang juga yang mempertimbangkan aspek kos dan praktis untuk jangka panjang.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Rumah terbuka Noor Nabila 'next level'! Pinggan plastik, sudu 'emas' beli dari luar negara

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Wanita beri hujah kenapa perlu beli kek homebaker berbanding bakeri... Mahal tapi puas hati

Terhangat