Nak galakkan pengeluaran susu badan, air kotak jadi 'BFF' sepanjang berpantang
GOLONGAN ibu baru bersalin biasanya akan minum minuman herba bagi membantu memulihkan kesihatan tubuh, juga untuk merangsang pengeluaran susu badan.
Ada yang sanggup membeli bahan-bahan segar, kemudian merebusnya untuk mendapatkan ekstrak atau air rebusan berkhasiat.
Bagaimanapun, langkah tersebut mengambil masa yang lama dan agak leceh, lebih-lebih lagi jika ibu berpantang sambil menguruskan bayi tanpa bantuan sesiapa.

Seorang wanita dikenali sebagai @ayuamirawahab berkongsi tentang minuman kotak yang diambil ketika berpantang.
Menurutnya, minuman berperisa longan dan kurma merah itu membantu meningkatkan pengeluaran susu badan sepanjang tempoh penyusuan.
“BFF (kawan baik) aku masa 'breastfeeding' anak dulu. Berkotak-kotak aku beli air ini. Susu badan memang 'meriah' lain macam wei,” tulisnya di Threads.
MENARIK DIBACA: Maryam amal minum 6 jus detoks... Setiap satu ada manfaat kesihatan tubuh, kulit
MENARIK DIBACA: 7 manfaat minum air rendaman kurma, paling sesuai amal bulan Ramadan
Di ruangan komen, ramai kaum ibu yang turut mengaku mengamalkan minuman kotak berkenaan sebagai ‘milk booster’ harian.
“Sungguh.. saya siap bawa 'spare' dalam beg untuk 'admit' wad. Keluar je lepas masuk wad terus minum air ni… memang 'meriah' susu. Bila pam dapat 10 auns untuk sesi 30 minit.
“Ya memang 'meriah'. Saya masa 'breastfeeding' anak dulu pun minum ni sebagai 'milk booster'. Memang beli buat stok,” antara komen netizen.

Sebagai info, buah longan mengandungi vitamin C, zat besi dan antioksidan yang dipercayai membantu meningkatkan tenaga serta menyokong kesihatan ibu selepas bersalin.
Manakala kurma merah atau lebih dikenali sebagai 'red dates' pula kaya dengan nutrien seperti zat besi, kalsium dan serat yang sering dikaitkan dengan pemulihan tubuh serta membantu melancarkan penghasilan susu badan.
Walaupun begitu, pengambilan minuman ini perlu diambil secara sederhana kerana kebanyakan minuman kotak mempunyai kandungan gula yang agak tinggi.