KUALI | Nutrisi

7 manfaat minum air rendaman kurma, paling sesuai amal bulan Ramadan

Lead Image

AIR rendaman kurma turut disebut sebagai air nabeez.

Tidak mengeluarkan modal besar, minuman penuh khasiat dan kebaikan ini hanya memerlukan beberapa biji kurma atau tamar yang direndam ke dalam air putih dan dibiarkan selama semalaman.

Air rendaman kurma ini mengandung banyak nutrisi yang baik untuk tubuh termasuk lemak, natrium, kalium, karbohidrat, serat, gula, protein, kalsium, zat besi, vitamin A dan vitamin C. 

Kurma merupakan antara buah paling berkhasiat dan sesuai diamalkan khususnya ketika berpuasa.

Malah minuman penambah tenaga ketika bulan puasa ini juga baik untuk diamalkan sewaktu bersahur mahupun sewaktu berbuka.

Kuali akan kongsikan tujuh manfaat serta kelebihan mengamalkan minum air rendaman kurma terutama ketika berpuasa.

Kandungan sumber gula semula jadi seperti glukosa dan fruktosa menjadi sumber tenaga pantas untuk tubuh.

1. Mengembalikan tenaga

Air rendaman kurma kaya dengan sumber gula semula jadi seperti glukosa, fruktosa dan sukrosa yang menjadi sumber tenaga pantas untuk tubuh.

Kandungan ini mudah dicerna dan diserap oleh tubuh, sekali gus menjadi pilihan ideal untuk mengembalkan stamina setelah seharian berpuasa.

Kandungan mineral penting seperti kalium membantu mengatasi dehidrasi dan pening kepala.

2. Mengatasi keletihan dan rasa pening

Kandungan mineral penting seperti kalium dan magnesium dalam air rendaman kurma membantu menstabilkan cairan dalam tubuh dan tidak membuatkan badan seseorang dehidrasi akibat kekurangan air sekali gus mengalami rasa pening kepala.

Kandungan nutrien dalam buah kurma berfungsi untuk membantu melancarkan sistem pencernaan dan mengurangkan masalah kembung perut.

3. Keselesaan perut

Kandungan nutrien dalam buah kurma berfungsi untuk membantu melancarkan sistem pencernaan dan mengurangkan masalah kembung perut. Teksturnya yang ringan dan mudah dicerna menjadikan perut sentiasa selesa walaupun ketika kosong.

MENARIK DIBACA: Bukan sekadar wangi, rupanya ada sebab lain daun bawang perai laris musim Tahun Baharu Cina

MENARIK DIBACA: [V] Alvin Chong lebih suka 'steamboat', dah bertahun keluarga tak hidang Yee Sang sempena Tahun Baharu Cina

Air rendaman kurma melancarkan sistem pencernaan kerana kaya dengan kandungan serat larut dan tidak larut.

4. Melancarkan sistem pencernaan

Minum air rendaman kurma dapat melancarkan sistem pencernaan kerana kaya dengan kandungan serat larut dan tidak larut. Kandungan serat ini membantu menyerap air pada salur pencernaan dan membentuk gel bagi melancarkan pergerakan usus untuk mengurangkan risiko masalah sembelit.

Kandungan serat dan sebatian semula jadi dalam kurma membantu memperlahankan penyerapan gula dalam tubuh.

5. Kawal bacaan gula dalam darah

Kurma mempunyai indeks glisemik yang relatif sederhana berbanding gula tulen, terutamanya jika diambil dalam jumlah yang sederhana. Kandungan serat dan sebatian semula jadi dalam kurma membantu memperlahankan penyerapan gula dalam tubuh.

Kurma mengandungi kalium, magnesium dan zat besi yang membantu fungsi tubuh berjalan dengan baik.

6. Meningkatkan daya tahan tubuh

Kurma kaya dengan antioksidan seperti flavonoid dan polifenol yang membantu melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas.

Selain itu, kurma turut mengandungi kalium, magnesium dan zat besi yang membantu fungsi tubuh berjalan dengan baik.

Kandungan serat, asid amino dan kalium dalam air rendaman kurma sangat baik untuk membantu menguatkan sistem saraf.

7. Menguatkan sistem saraf

Air rendaman kurma tinggi dengan kandungan serat, asid amino dan kalium yang sangat baik untuk membantu menguatkan sistem saraf.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

5 jenis buah dan sayur paling sesuai untuk pesakit buah pinggang, diabetes

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Teh halia bukan sekadar bantu legakan sakit perut, banyak manfaat mengamalkannya 

Terhangat