KUALI | Nutrisi

Teh halia bukan sekadar bantu legakan sakit perut, banyak manfaat mengamalkannya 

Lead Image

MASALAH pencernaan seperti sakit perut, sembelit dan kembung antara perkara biasa dialami ramai daripada kita.

Apabila masalah ini menyerang, pasti akan membuatkan rasa tidak selesa sehingga merosakkan mood apatah lagi pada hari yang sibuk.

Tapi bagi masalah pencernaan ringan, ada penyelesaian mudah iaitu hanya menggunakan halia sebagai penawar.

Resipi teh halia sangat ringkas tetapi berkhasiat.

Ia bukan sahaja semula jadi tetapi rasanya menyegarkan selain kaya dengan manfaat pada tubuh terutamanya sistem pencernaan.

Halia mengandungi serat makanan yang membantu melancarkan pergerakan usus. Pengambilan halia secara konsisten boleh membantu melancarkan sistem pembuangan dan mengurangkan risiko sembelit.

Tidak hanya itu, ia turut menyokong pertumbuhan bakteria baik dalam usus dan memberi keselesaan perut.

MENARIK DIBACA : Brokoli bantu kawal paras gula pesakit diabetes, tapi teknik memasak kena betul

MENARIK DIBACA : Bukan sebab perencah, rupanya ini rahsia mi segera style kedai mamak

Kandungan aktif dalam halia juga membantu merangsang sistem pencernaan supaya berfungsi dengan lebih efisien.

Menyediakan teh halia sangat mudah dan tidak memerlukan banyak bahan.

Bahan-bahan:

  • Beberapa hirisan halia segar
  • Teh pilihan anda
  • Madu secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Rebus hirisan halia dalam air selama kira-kira 10 minit.
  2. Masukkan teh dan biarkan seketika sehingga sebati.
  3. Tambahkan madu mengikut citarasa sebelum diminum.
  4. Nikmati ketika suam untuk kesan yang lebih menenangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

7 manfaat minum air rendaman kurma, paling sesuai amal bulan Ramadan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Kilauan pada permukaan telur petanda bahaya, jangkitan bakteria pseudomonas boleh ‘matikan’ tulang

Terhangat