KUALI | Nutrisi

Kilauan pada permukaan telur petanda bahaya, jangkitan bakteria pseudomonas boleh ‘matikan’ tulang

Lead Image

TELUR merupakan sumber protein yang baik untuk membantu memperbaiki tisu badan dan membina kekuatan otot.

Namun di sebalik khasiatnya, telur juga boleh mengundang risiko kesihatan serius jika tercemar dengan bakteria berbahaya seperti pseudomonas.

Tidak dapat dilihat dengan jelas, kehadiran pseudomonas boleh dikesan pada permukaan telur melalui lapisan berlendir nipis atau kilauan kehijauan kebiruan.

Bakteria pseudomonas menyerang bahagian tulang.

Kilauan ini terhasil daripada pigmen yang dihasilkan oleh bakteria tersebut, terutamanya apabila telur berada dalam persekitaran lembap.

Biasanya, jangkita berlaku pada telur yang disimpan dalam keadaan tidak bersih, kulit telur retak atau terdedah kepada air yang tercemar.

Perkara ini dikongsi seorang pengguna Thread @azbsinabr yang menceritakan pengalaman ngeri dijangkiti bakteria berkenaan.

MENARIK DIBACA: Bentuk badan macam anak dara, '5 factor diet' rahsia Megan Fox 

MENARIK DIBACA: Elok makan telur kalau kena bisul, bukan penyebab jangkitan lambat sembuh

Menurutnya, jangkitan pseudomonas cukup serius sehingga menyebabkan kerosakan kekal pada bahagian tulang.

"Jangan sampai pseudomonas ini masuk dalam badan sebab dia pandai buat ‘rumah’, bila dah lama dalam badan sistem imun tak dapat kesan.

"Saya kena dengan bakteria ini, habis mati 5cm tulang peha saya, daging keliling tulang pun mati," katanya.

Tambahnya lagi, bakteria ini bukan hanya boleh ditemui pada telur semata-mata, sebaliknya ia sangat mudah wujud di persekitaran lembap dan kotor.

Pentingnya bersihkan telur dengan betul sebelum dimasak.

"Dia ada dekat persekitaran yang lembap terutama tanah dan rumput atau pokok. Saya kena jangkitan ini dari rumput yang basahlah.

"Sebab itu elakkan berkebuh atau sentuh tanah bila ada luka, kalau ada cepat-cepat basuh dan letak antiseptik," ujarnya.

Sekadar info, pseudomonas aeruginosa, ialah sejenis bakteria yang hidup di persekitaran lembap seperti air, tanah dan permukaan tercemar. 

Ia bersifat oportunistik, iaitu mudah menyerang individu dengan sistem imun lemah, luka terbuka atau jangkitan sedia ada.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Teh halia bukan sekadar bantu legakan sakit perut, banyak manfaat mengamalkannya 

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Bentuk badan macam anak dara, '5 factor diet' rahsia Megan Fox 

Terhangat