KUALI | Tip & Trik

Bukan sebab perencah, rupanya ini rahsia mi segera style kedai mamak

Lead Image

MI segera memang menu penyelamat bila lapar tengah malam, tak kisahlah jika dimasak bersup mahupun bergoreng.

Tapi masalahnya, rasa mi segera di kedai mamak jauh lebih sedap berbanding dimasak sendiri di rumah.

Teksturnya tak lembik, mi lebih kenyal dan rasa lebih padu dan seimbang.

Rupanya-rupanya, ada teknik tertentu yang digunakan oleh peniaga untuk hasilkan mi goreng ala kedai mamak.

Cara merebus penting memastikan mi segera dihasilkan lebih enak.

1. Cara merebus mi yang betul

Untuk dapatkan tekstur mi yang elok, maggi mesti direbus dalam air yang benar-benar mendidih.

Tempoh merebus biasanya sekitar 3 hingga 5 minit. Namun, jika mahukan mi lebih kenyal dan tidak mudah lembik, kebanyakan peniaga hanya merebus sekitar 2 minit sahaja sebelum ditoskan.

Penambahan perencah tambahan menjadikan mi segera lebih sedap.

2. Gaul perencah ketika mi masih panas

Di kedai mamak, perencah maggi goreng ditabur terus ke atas mi yang masih panas sebelum digaul laju.

Haba daripada mi membantu perencah sebati dengan cepat tanpa perlu minyak berlebihan dan mengelakkan mi berketul.

MENARIK DIBACA: Nampak bersih tapi banyak kuman, ada tip cuci lesung batu

MENARIK DIBACA: Elok makan telur kalau kena bisul, bukan penyebab jangkitan lambat sembuh

Sesetengah kedai juga menambah sedikit kicap, sos cili atau cili kisar untuk menaikkan aroma.

Api besar menjadikan hidangan cepat kering.

3. Masak dengan api sederhana

Api terlalu besar akan menyebabkan mi cepat kering dan mudah putus. 

Api sederhana pula membantu mi kekal kenyal sambil perencah menyerap dengan sekata.

Air rebusan mi segera menjadikan perencah lebih sebati.

4. Jangan buang air rebusan

Ini antara rahsia utama maggi goreng mamak. Air rebusan mi tidak dibuang habis.

Biasanya, peniaga akan menambah 1–2 sudu air rebusan panas ke dalam maggi goreng.

Air inilah yang membantu perencah larut sempurna, menjadikan rasa lebih sekata dan tekstur tak terlalu kering.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Brokoli bantu kawal paras gula pesakit diabetes, tapi teknik memasak kena betul

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Daun salam bantu masalah insomnia, letak bawah bantal sebelum tidur

Terhangat