KUALI | Tip & Trik

Bawang putih kisar bertukar hijau... Jangan panik, ini punca sebenarnya

Lead Image

PERNAH tak anda berdepan situasi bawang putih kisar tiba-tiba bertukar warna hijau selepas dibiarkan selama beberapa jam?

Walaupun selamat untuk digunakan, namun ramai memilih untuk membuangnya kerana menganggap bawang putih tersebut telah rosak selain bimbang akan mengalami sakit perut.

Ternyata, keadaan itu berlaku kerana disebabkan oleh tindak balas kimia kerana bawang putih mengandungi sulfur dan asid amino yang menghasilkan pigmen berwarna hijau apabila dikisar.

Selain itu, faktor suhu ekstrem (terlalu sejuk) dengan kelembapan terlalu tinggi turut mempengaruhi perubahan warna bawang putih yang dikisar.

Sebenarnya terdapat beberapa petua yang boleh anda amalkan supaya bawang kisar sentiasa segar tanpa berlaku perubahan warna.

Guna bawang putih segar dan tidak berkulat.

1. Guna bawang segar

Elakkan bawang putih yang sudah lama disimpan atau bertunas.

Guna minyak masak dan bukannya air paip ketika mengisar bawang putih.

2. Kisar dengan minyak

Kisar bawang putih dengan menggunakan sedikit minyak masak dan bukannya air biasa (paip) untuk tahan lebih lama dan kekal putih

Jangan kisar bawang putih bersama bawang merah.

Jangan kisar bawang putih bersama bawang merah kerana perbezaan kandungan air boleh mempercepatkan perubahan warna pada bawang.

Simpan bawang putih kisar di tempat kering dalam bekas kedap udara.

4. Simpan tempat kering

Pastikan bawang putih disimpan di tempat kering dan tidak terdedah pada suhu ekstrem atau kelembapan terlalu tinggi.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Rasa dan tekstur boleh berubah, tak semua masakan sesuai guna api besar 

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Jenis ikan bilis boleh jejas rasa sambal tumis, badan jalur biru dan hijau paling premium

Terhangat