KUALI | Petua

Nampak senang tapi ramai buat silap, ini rahsia telur hancur cara Gordon Ramsay

Lead Image

TELUR hancur atau scrambled eggs menjadi menu sarapan mudah dan sedap bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia.

Ia boleh dimakan begitu sahaja atau dipadankan bersama sosej, telur, salad dan kacang panggang.

Cara membuatnya mungkin nampak mudah tetapi ada trik tertentu untuk menghasilkan telur yang dimasak lembut sempurna.

Cef terkenal dunia, Gordon Ramsay menjelaskan kesilapan biasa ketika membuat telur hancur ialah membiarkan telur dimasak menggunakan api besar.

Penambahan krim Perancis menambahkan kelembutan dan kelazatan telur.

Suhu yang tinggi menyebabkan protein telur cepat mengeras yang menjadikan teksturnya kering.

Gordon sebaliknya mencadangkan memasak menggunakan api kecil sambil sesekali mengangkat kuali jauh daripada api supaya suhu sentiasa terkawal.

Tidak hanya teknik memasak menggunakan suhu rendah, masa memasak juga menentukan hasil akhir scrambled eggs.

Bagi mendapatkan rupa yang berkilat, telur hancur sebaik-baiknya dimasak menggunakan mentega dan sentiasa mengacau dan menjauhkan kuali daripada api bagi mengurangkan haba.

Dengan cara ini, telur masak perlahan-lahan dan menjadi lebih lembut dan enak.

MENARIK DIBACA: Sourdough pilihan baik buat pesakit diabetes, bantu lancar pencernaan

MENARIK DIBACA: Jangan panik minyak habis, ini petua masak telur dadar guna daun pisang

Bahan tambahan seperti krim pekat Perancis berfungsi menghentikan proses memasak serta memberikan tekstur berkrim selain rasa lebih lazat.

Biasanya, Gordon menambah crème fraîche selepas telur diangkat dari api supaya hasilnya tidak pecah atau berminyak.

Sekadar info, crème fraîche diperbuat daripada krim susu diperam dengan bakteria asid laktik yang memberikan teksturnya lembut dan pekat.

Sekiranya tiada, boleh gantikan dengan bahan lain misalnya sour cream, greek yogurt, atau cream cheese sejuk yang memberikan kesan serupa selagi ia ditambahkan di hujung proses memasak.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Cara cuci ayam supaya tak hanyir... Cef, tukang masak pun guna teknik ini

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Bukan sebab perencah, rupanya ini rahsia mi segera style kedai mamak

Terhangat