Pengalaman hitam buka puasa! Wanita terkena gangguan pelaris minta hati-hati pilih kedai makan
PENGGUNAAN khidmat bomoh dan pelaris sebenarnya bukan perkara baharu dalam kalangan sesetengah peniaga.
Ilmu hitam ni digunakan untuk lariskan jualan, tapi dalam keadaan tertentu pelanggan pun perlu menanggung padah.
Di Threads, seorang wanita mendedahkan pengalamannya selepas berbuka puasa di sebuah gerai yang dipercayai menggunakan pelaris.
Pada awalnya, dia berasa kurang selesa melihat keadaan kedai yang agak kotor, namun tetap akur dengan cadangan rakan-rakannya.
Ternyata makanan yang dihidangkan sangat sedap sehingga dia tidak henti-henti memuji keenakannya.

Namun kegembiraan itu tidak bertahan lama, setelah pulang, dia mula mengalami kesakitan fizikal yang melampau.
"Bila malam, perut saya rasa panas, tekak loya lagi teruk, kepala pening, peluh 'non-stop'. Saya rasa macam tak betul sampai menangis.
"Perut saya memulas teruk. Saya pergi toilet, dan nak tahu? Tahi saya warna hitam pekat macam tar. Bau dia memang busuk gila-gila, bukan bau biasa," katanya.
Melihat keadaan itu, rakan serumah segera membawanya berubat dengan seorang pengamal perubatan Islam.
MENARIK DIBACA: Suami jangan tahu mengarah jer! Guna cara halus ini, isteri memang ‘auto’ rajin ke dapur
MENARIK DIBACA: [V] Wanita terberanak dalam kereta ketika makan kurma, rupanya ramai ibu makan tamar nak mudah bersalin
Menurut pengamal itu, gangguan yang dialami berpunca daripada pelaris yang ‘terjatuh suka’ kepada dirinya.
Selain kesakitan fizikal, dia juga diganggu dengan mimpi-mimpi aneh dan menyeramkan.
"Ustaz tu kata hantu pelaris tu suka dekat saya, sebab tu saya je rasa makanan kedai tu sedap.
"Mimpi tu macam suasana saya pergi makan situ. Ada kawan-kawan juga, tapi dalam mimpi tu ada orang lain yang sendukkan makanan dalam pinggan saya," katanya lagi.
Bagaimanapun dia bersyukur gangguan itu hanya berlaku seketika, keadaan kembali pulih selepas minum air penawar.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berkongsi pengalaman sama berdepan gangguan sihir. Malah, ada yang berkongsi tip untuk mengelak terkena pelaris.
“Nak makan ruqyahkan makanan – baca ayat Kursi dan hembus, baca Auzubillah, Bismillah, doa makan & bismillahillazi la yudru sampai habis. Kalau ikut cara ni, insya-Allah tak ada apa-apa baru makan.
Ini adalah bacaan doa penuh:
Bismillahillazi la yadurru ma'asmihi syaiun fil ardi wala fissamai wahuwassami'ul 'alim
Maksudnya: Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat akan sesuatu pun dengan nama-Nya, baik di bumi mahupun di langit, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Pengalaman ini menjadi peringatan bahawa kadang-kadang, di sebalik makanan yang sedap, ada perkara ghaib yang kita tak nampak.
Berhati-hati dan jangan lupa doa sebelum makan.