KUALI | Nutrisi

Kecil tapi 'power', ketahui 7 manfaat biji sawi untuk tubuh

Lead Image

BIJI sawi merupakan antara bahan rempah yang selalu digunakan dalam masakan Melayu dan India seperti kari dan juga acar.

Rempah berbentuk bulat kecil dengan ukuran saiz sekitar satu hingga dua millimeter ini memiliki rasa pedas tetapi tidak menyengat.

Di negara-negara Eropah, biji sawi menjadi antara bahan utama yang digunakan untuk membuat sos mustard.

Selain menjadi penyedap kepada masakan, biji sawi ternyata memiliki banyak manfaat dan kelebihan untuk kesihatan kerana kaya dengan kandungan protein iaitu sebanyak 46 peratus.

Jom Kuali akan kongsikan tujuh manfaat yang terkandung dalam biji sawi untuk kesihatan tubuh.

Biji sawi boleh mengurangkan tahap gula dalam darah dan merangsang metabolisme glukosa.

1. Menurunkan paras gula dalam darah

Biji sawi dapat membantu mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh tekanan oksidatif yang berkaitan dengan diabetes. Kajian menunjukkan bahawa biji sawi boleh mengurangkan tahap gula dalam darah dan merangsang metabolisme glukosa. 

Manfaat biji sawi juga dapat melegakan simptom bronkitis kronik. 

2. Melegakan masalah pernafasan

Biji sawi berfungsi membantu mengatasi masalah hidung tersumbat dengan membersihkan lendir dan saluran pernafasan. Selain itu biji sawi juga dapat melegakan simptom bronkitis kronik. 

Minyak biji sawi dapat menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).

3. Meningkatkan kesihatan jantung

Minyak biji sawi dapat menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (HDL) sekali gus bermanfaat untuk kesihatan jantung dan peredaran darah yang lebih baik. 

MENARIK DIBACA: Martabak cecah bawang jeruk 'dipersoal', peminat tegar mesti tahu memang dah lama wujud

MENARIK DIBACA: Puasa di udara lebih mencabar! Juruterbang kongsi tip sahur supaya kekal bertenaga

Biji sawi mengandungi magnesium dan kalsium yang baik untuk tulang terutama warga emas.

4. Menjaga kesihatan tulang

Biji sawi mengandungi magnesium dan kalsium yang baik untuk kesihatan tulang dan menghalang kehilangan tulang yang berkaitan dengan menopaus. 

Biji sawi kaya dengan serat yang membantu penghadaman.

5. Melancarkan penghadaman

Biji sawi kaya dengan serat yang membantu merangsang pergerakan najis dalam usus dan melegakan sembelit. 

Biji sawi mampu menjadi perisai untuk melindungi tubuh.

6. Perlindungan terhadap jangkitan

Biji sawi mengandungi glukosinolat yang mempunyai sifat antimicrobial dengan membantu melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria dan kulat. 

Kandungan magnesium dalam biji sawi dapat membantu meredakan sakit kepala.

7. Melegakan sakit kepala

Kandungan magnesium dalam biji sawi dapat membantu meredakan sakit kepala dan migrain.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Makan nasi sejuk ada manfaat... Patutlah perut orang dulu 'kebal' jarang gastrik, angin

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

5 buah ini tak sesuai terus dimakan ketika berbuka, ada kesan jika perut kosong

Terhangat