KUALI | Nutrisi

5 buah ini tak sesuai terus dimakan ketika berbuka, ada kesan jika perut kosong

Lead Image

BERBUKA puasa memang masa paling dinanti lepas seharian menahan lapar dan dahaga.

Biasanya kita suka mulakan dengan buah-buahan segar sebab badan rasa lebih sihat dan ringan.

Tapi, tahu tak bukan semua buah sesuai dimakan bila perut kosong?

Serat, gula dan asid dalam beberapa buah ni boleh buat perut rasa tak selesa, perih dan kembung

Jom tengok 5 jenis buah yang sebaiknya kita elakkan semasa berbuka:

 kandungan asid yang tinggi boleh buat perut meragam

1. Buah-buahan sitrus

Buah oren, limau dan lemon memang sedap dan segar. Tapi kandungan asid yang tinggi boleh buat perut meragam lepas berbuka.

Nanas terlalu 'tajam' jika dimakan saat perut kosong.

2. Nanas

Nanas ada enzim bromelain yang bantu pencernaan, tapi ia terlalu 'tajam' jika dimakan saat perut kosong.

Rasa masam dan manis semula jadi buat perut cepat rasa tak selesa atau gastrik.

Epal kaya serat yang bagus untuk usus.

3. Epal

Epal kaya serat yang bagus untuk usus. Tapi kalau dimakan masa perut kosong, boleh menyebabkan kembung perut.

Bagi sesetengah orang betik boleh bertindak sebagai laksatif ringan.

4. Betik

Betik memang baik untuk pencernaan, tetapi bagi sesetengah orang ia boleh bertindak sebagai laksatif ringan.

MENARIK DIBACA: [V] Sah jus tembikai ini tak campur air! Peniaga terkejut gerai diserbu, isteri awalnya was-was idea 'piyor'

MENARIK DIBACA:Nama Musang King hak milik Malaysia, negara lain tak boleh suka-suka guna – Mat Sabu

Jangan terkejut kalau tiba-tiba perut rasa memulas dan tak selesa sampai keluar masuk tandas.

Mineral dalam pisang boleh mengganggu perut kosong.

5. Pisang

Pisang mengandungi kalium dan magnesium yang bermanfaat, namun mineral ini boleh mengganggu perut kosong.

Kesan: Rasa tidak selesa; lebih selamat dimakan selepas makanan ringan atau kurma.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Kecil tapi 'power', ketahui 7 manfaat biji sawi untuk tubuh

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Ramai sangka batuk biasa tapi rupanya gejala tibi.... Ini 5 makanan perlu hindar elak lebih teruk

Terhangat