KUALI | Video

Tapak bazar kurang sambutan, Asmidar turun padang bantu bapa jual martabak... Buka program infak

SAMA seperti Ramadan sebelumnya, penyanyi Asmidar akan turun ke bazar Ramadan untuk membantu perniagaan Martabak Mat Labu yang diusahakan oleh bapanya.

Jika sebelum ini Asmidar akan membantu bapanya berniaga di bazar Ramadan Wangsa Maju, tapi selepas 40 tahun, mereka berpindah ke bazar Desa Melawati atas faktor-faktor tertentu.

Di lokasi baharu itu, Asmidar mengakui pengunjung agak kurang tidak seperti di bazar sebelum ini.

Justeru itu, sebagai alternatif membantu perniagaan bapanya itu, Asmidar mengadakan program infak Ramadan serendah RM30 untuk lima keping martabak dan sumbangan makanan itu akadiagihkan ke masjid atau lokasi-lokasi ditetapkan.

TONTON VIDEO BAZAR SELEBRITI INI.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok dan Facebook

Video Popular