KUALI | Petua

Tekap daun kubis bantu redakan masalah bengkak susu, ikuti langkah mudah ini

Lead Image

RAMAI para ibu meluahkan pengalaman sakit akibat bengkak susu di media sosial, malah ada yang menyifatkan kesakitannya jauh lebih menyeksakan berbanding bersalin.

Situasi ini jelas memberi tekanan tambahan kepada ibu, khususnya dalam tempoh berpantang yang sepatutnya menjadi waktu untuk berehat dan menyesuaikan diri dengan kehadiran bayi.

Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan rasa berdenyut dan mencucuk pada payudara malah boleh disertai demam, menggigil serta kesukaran menyusukan bayi. 

Maka tak hairanlah ramai ibu yang terfikir untuk berhenti menyusu.

Pelbagai cara dilakukan bagi mengurangkan rasa sakit bengkak susu.

Pelbagai petua turut dikongsi bagi mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan, antaranya tuam panas atau sejuk, menyusukan bayi dengan kerap atau mengepam susu untuk mengelakkan saluran tersumbat serta memastikan posisi penyusuan yang betul.

Bagaimanapun penggunaan daun kubis yang disejukkan dan diletakkan pada bahagian payudara juga dipercayai dapat membantu mengurangkan bengkak dan memberi kelegaan sementara. 

MENARIK DIBACA: [V] Sah jus tembikai ini tak campur air! Peniaga terkejut gerai diserbu, isteri awalnya was-was idea 'piyor'

MENARIK DIBACA: Martabak cecah bawang jeruk 'dipersoal', peminat tegar mesti tahu memang dah lama wujud

Bengkak susu ini berlaku apabila tisu payudara meradang dan biasanya disebabkan jangkitan bakteria, saluran susu tersumbat atau payudara yang tidak dikosongkan dengan sempurna. 

Para ibu mungkin mengalami simptom seperti demam, sakit badan serta payudara menjadi merah dan bengkak. 

Daun kubis sejuk yang diletakkan pada payudara dapat membantu mengurangkan bengkak.

Dalam keadaan ini, daun kubis sejuk boleh digunakan sebagai rawatan sokongan di rumah sementara mendapatkan rawatan perubatan.

Daun kubis mengandungi sebatian glukosinolat yang dipercayai mempunyai sifat anti-radang dan anti-mikroba. 

Beberapa kajian yang diterbitkan oleh National Library of Medicine dan dilaporkan oleh Healthline menunjukkan tuam daun kubis boleh membantu mengurangkan kesakitan serta pembengkakan payudara.

Walau bagaimanapun, cara ini tidak boleh dilakukan terlalu lama. 

Jika bengkak sudah berkurangan, tuam perlu dihentikan kerana penggunaan berterusan boleh mengurangkan pengeluaran susu. 

Namun, bagi ibu yang ingin menghentikan penyusuan, daun kubis sejuk boleh membantu menekan bekalan susu secara semula jadi.

Bengkak susu ini berlaku apabila tisu payudara meradang dan biasanya disebabkan saluran susu tersumbat

Cara mudah guna daun kubis untuk kurangkan bengkak susu;

  1. Simpan daun kubis hijau di dalam peti ais supaya sejuk.
  2. Bila sudah sejuk, ambil dua helai daun dari bahagian dalam dan buang daun luar.
  3. Basuh bersih daun tersebut dengan air mengalir.
  4. Lap atau keringkan perlahan-lahan.
  5. Potong sedikit bahagian tengah daun supaya puting tidak tertutup kemudian letakkan daun pada payudara.
  6. Pakai coli untuk menahan daun supaya tidak jatuh.
  7. Bila daun sudah tidak sejuk atau terasa suam, tanggalkan.
  8. Ulang langkah ini sehingga sakit berkurang atau bengkak semakin pulih.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Wanita kongsi petua nelayan, penjual ikan.... Seafood, daging kekal segar lepas sebulan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Asyik menguap lepas sahur? Pelajar perubatan kongsi menu 'anti mengantuk' guna formula 'F-P-C Rule'

Terhangat