Jangan panik minyak habis, ini petua masak telur dadar guna daun pisang
JIKA kehabisan minyak masak dirumah, jangan panik!
Dengan sedikit kreativiti, anda tetap boleh menggoreng telur dadar lembut dan gebu tanpa memerlukan minyak.
Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok bernama Yulia, teknik memasak ini hanya menggunakan daun pisang sebagai alat masak semula jadi.

Selain berfungsi menggantikan minyak, daun pisang juga memberikan aroma wangi yang unik pada telur, menjadikannya lebih menyelerakan.
Teknik ini bukan sahaja sesuai untuk telur dadar, malah boleh diaplikasikan untuk pelbagai hidangan telur lain, termasuk telur mata kerbau atau telur hancur.
Menurut Yulia, kaedah masakan ini juga sesuai bagi mereka yang mahu menjaga kesihatan.
MENARIK DIBACA: Elak minyak meletup dan merecik ketika menggoreng hanya guna garam
MENARIK DIBACA: Rendam dengan daun jambu, tip kurangkan pahit bunga betik
Jom Kuali kongsi cara penyediaannya:
- Cuci dan lap daun pisang sehingga bersih dan kering.
- Masukkan air ke dalam kuali dan biarkan mendidih.
- Letakkan daun pisang di atas permukaan air mendidih sebagai lapisan pengganti minyak.
- Tuang bancuhan telur ke atas daun pisang.
- Ratakan telur, kemudian tutup bahagian atasnya dengan sekeping lagi daun pisang.
- Setelah air hampir kering dan telur mula mengeras, terbalikkan daun pisang beberapa kali sehingga telur masak sepenuhnya.
- Angkat dan hidangkan telur dadar tanpa minyak yang lembut dan gebu.