Puas sental dengan sabun tetap ada kesan, cuba campuran cuka dan gula hilangkan kesan kunyit pada tangan
MAK-MAK kalau nak menggoreng ikan biasanya akan melumurnya dengan garam dan kunyit sebagai perasa.
Tapi yang tak bestnya, kunyit hidup mahupun serbuk memang akan meninggalkan kesan kuning pada permukaan tangan atau kuku jika menyentuhnya tanpa alas.
Menyental dengan air dan sabun berkali-kali pun belum tentu dapat menghilangkan kesan tersebut.
Lebih menjengkelkan, apabila kita terpaksa mengelak sentuh fabrik putih kerana bimbang kesan kuning melekat.
Namun jangan risau, Kuali kongsikan cara mudah untuk menyingkirkan kesan kuning degil tersebut:

1. Baking soda + Lemon
Campurkan baking soda dengan sedikit lemon sehingga membentuk pes.
Sapukan pada bahagian jari atau kuku yang terkena kesan.
Gosok perlahan sehingga pes berbuih, kemudian bilas dengan sabun dan air.
Teknik ini cepat dan tidak menimbulkan rasa perih berlebihan, malah melembutkan kulit.

2. Cuka + gula
Gabungkan gula pasir dengan beberapa titis cuka, kemudian scrub bahagian kuning.
Bilas setelah beberapa kali gosok.
MENARIK DIBACA: Rendam dengan daun jambu, tip kurangkan pahit bunga betik
MENARIK DIBACA: Jangan tersilap! Ada beza 'baking soda' dan 'baking powder' dalam membuat kek
Hasilnya memang menjadi tetapi mungkin terasa sedikit pedih terutama jika terdapat luka kecil.

3. Lemon + air + peluntur gred makanan
Campurkan perahan lemon dengan sedikit air, kemudian tambah setitis peluntur gred makanan.
Gosok lembut pada bahagian yang terkena kunyit, kemudian bilas dengan sabun dan air.
Kaedah ini paling berkesan kerana boleh melunturkan kesan kuning dalam beberapa minit saja.