KUALI | Tip & Trik

Halia penyelamat sayuran hijau dari cepat rosak, boleh tahan sampai 4 hari

Lead Image

BAYAM, sawi dan kangkung dibeli semalam, mula layu menguning keesokan harinya.

Jika tidak disimpan dengan betul, sayur berdaun hijau juga cepat berair dan busuk.

Ini berlaku kerana sayur hijau sangat sensitif terhadap perubahan suhu dan kelembapan di dalam peti sejuk.

Sayur seperti sawi dan bayam mudah menjadi layu jika tidak disimpan dengan betul.

Apabila persekitaran terlalu lembap, daun mudah menyerap air berlebihan menyebabkan proses pereputan berlaku lebih cepat.

Di sinilah pentingnya teknik penyimpanan betul dan antara petua tradisional boleh diamalkan adalah dengan menambah halia sebagai penyerap kelembapan semula jadi.

 

MENARIK DIBACA: Elak minyak meletup dan merecik ketika menggoreng hanya guna garam

MENARIK DIBACA: Rendam dengan daun jambu, tip kurangkan pahit bunga betik

Selain menjadi penambah aroma masakan, halia ia juga mampu menyerap lebihan wap air dan kesannya sayur kekal rangup dan tahan lebih lama.

Berikut adalah cara untuk menambah halia ke dalam simpanan sayur:

Bilas bersih sayur sebelum disimpan.

1. Cuci dan keringkan sayur

Bilas sayur dengan air bersih.

Toskan sehingga hampir kering kerana kelembapan berlebihan menyebabkan sayur cepat lembik.

Lap sayur guna tisu dan toskan air.

2. Balut dengan tisu dapur

Letakkan sayur di atas tisu dapur kering dan balut kemas.

Penggunaan tisu dapat membantu menyerap sedikit wap air keluar daripada sayur.

Namun, jika tukar tisu jika terlalu lembap sebaiknya tukar baharu kerana khuari ia akan memburukkan lagi sayur dibalut.

Simpan halia bersama sayur hijau agar tahan segar.

3. Masukkan hirisan atau ketulan halia

Potong halia kepada 3 hirisan tebal dan letakkan bersama sayur dalam bekas atau plastik penyimpanan.

Cara ini membolehkan kesegaran sayur tahan lebih lama, sekurang-kurangnya dua hingga empat hari.

Sayuran juga memberikan bau lebih segar kerana halia turut memberikan aroma semula jadi.

Simpan sayur dalam bekas kedap udara agar tahan lama.

4. Simpan dalam bekas bertutup

Gunakan bekas kedap atau plastik ziplock untuk mengekalkan persekitaran stabil.

Simpan di bahagian sayur dalam peti sejuk untuk hasil terbaik.

Tip tambahan, elakkan dari menyimpan sayur dalam bekas padat dan biarkan sedikit ruang udara membantu daun lebih segar.

Halia yang sama juga boleh digunakan untuk memasak.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Rutin kecantikan wanita 80-an kembali viral, pupur telur putih dan madu rahsia kulit gebu

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Puas sental dengan sabun tetap ada kesan, cuba campuran cuka dan gula hilangkan kesan kunyit pada tangan

Terhangat