KUALI | Tip & Trik

Rutin kecantikan wanita 80-an kembali viral, pupur telur putih dan madu rahsia kulit gebu

Lead Image

KALAU diperhatikan, ramai artis era 80-an tampil dengan kulit wajah gebu walaupun tanpa solekan tebal ketika muncul di televisyen.

Rahsia kecantikan mereka sebenarnya cukup ringkas hanya menggunakan bahan semula jadi tersedia di dapur seperti beras, gula, kopi, telur dan madu.

Telur putih dan madu antara dua bahan klasik kegemaran generasi 80-an. Selain mudah didapati, kombinasi dua bahan ini sebagai pupur terbukti membantu menegangkan, mencerahkan dan melembapkan kulit secara semula jadi.

Wajah bebas cela menjadi dambaan setiap wanita.

Telur putih kaya dengan protein dapat mengecilkan liang pori dan mengawal minyak berlebihan pada wajah.

Madu pula bertindak sebagai agen anti penuaan semula jadi yang sarat dengan antioksidan untuk melindungi kulit daripada radikal bebas.

MENARIK DIBACA: Elak minyak meletup dan merecik ketika menggoreng hanya guna garam

MENARIK DIBACA: Rendam dengan daun jambu, tip kurangkan pahit bunga betik

Dengan rutin mudah ini, rasai sendiri kesegaran kulit seolah-olah selepas menjalani sesi manjakan diri di spa tanpa perlu menggunakan produk mahal.

Jom cuba rahsia pupur telur putih dan madu yang pernah menjadi pilihan wanita era 80-an!

Guna putih telur untuk dijadikan lulur wajah.

1.Pecahkan 1 biji telur dan ambil putih sahaja.

Guna pemukul kuih pukul putih telur sehingga menjadi buih.

2.Pukul putih telur sehingga berbuih.

Tambah madu dalam putih telur tadi.

3.Campurkan madu dan gaul rata.

Amalkan penggunaan pupur wajah sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

4.Sapukan pada wajah yang bersih, elak dari terkena pada kawasan mata.

Sapu sekata pupur dan biarkan kering selama 20 minit.

5.Biarkan selama 20 minit sehingga pupur kering sekata.

Bersihkan wajah guna kapas dan air suam supaya kotoran mudah tanggal.

6.Bilas dengan air suam dan lap menggunakan tuala lembut.

Madu bertindak sebagai agen anti penuaan semula jad.

7.Lakukan dua hingga tiga kali seminggu untuk hasil optimum.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Ini 5 bahan pengganti buat kek dan pastri tanpa telur, hasilnya tetap gebu dan lembut

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Halia penyelamat sayuran hijau dari cepat rosak, boleh tahan sampai 4 hari

Terhangat